Baikpulih

Salam.
Ye, kena baikpulih.
Apa yang nak dibaikpulih?
Kerja-kerja tukang upgrade pemasangan paip dua/tiga minggu yang lalu di rumah BC.
Udahlah hasil kerja sungguh tak memuaskan, tiada after service pulak jika ada masalah berlaku, Dah call suruh datang betulkan, tak datang. Siapa lagi tukang paip yang dipanggil kalau bukan orang kita! Next time don't call them!
Akhirnya siapa yang baikpulih saluran paip tersebut?
JY juga. Mujur JY ada skill dalam kerja paip memaip ni (eh adakah istilah ini?)
Jadi hari ini sibuklah lah JY betulkan mana yang patut,
Tapi, bang,
Saya tak dapat bantu...tak dapek den bantunyo...Selalunya kalau JY 'on-the-job', saya lah jadi pembantunya. Ambil itu, ini. Jadi dreber ke kedai hardware, beli paip, beli batang paip, beli 'EL', dan lain-lain yang sebangsa dengan nya....sampai pembantu kedai hardware kata 'tak siap-siap lagi kah?"
Hari ini, bang, saya kurang sihat,
Cuaca panas, saya selesema....
lutut pula sakit...
perlu rihat,
tapi air teh perasa strawberry dah siap tu.
nanti kita pergi lunch ye,
masak asam pedas, kegemaran abang
di warung Mak Leha
dan petang nanti kita minum teh tarik
of course dengan goreng pisang Pak Mail!
Doakanlah saya sihat
Sebab si Iddin dah jemputpaksa Tok Lang dan Nek Lang
ke sukan sekolah dia esok petang!
Jom, rihat dulu,
kita gi makan...jalan kaki aje!
Balik, kita beli air kelapa muda di sebelah rumah,
pure punya!

10 comments:

  1. salam kak hajah nora,
    kat mana lah warung asam pedas Kak Leha?... nanti kita pergi sekali...
    lepas tu kita pekena goeng pisang Pak Mail... boleh..???

    ReplyDelete
  2. salam. biasalah tu. kalau kerja sikit-sikit ni susah nak datang kalau kita panggil.

    Asam podeh? lama dah tak merasa nih

    ReplyDelete
  3. Salam hajah Rahmah,
    pernah dengar 'perigi inn'? Warung popular dengan mee rebus(mee kari). situlah gerai Mak Leha, ada nasi campur juga. Selang dua rumah dari rumah akak.Gerai Goreng pisang pak mail pula tak berapa jauh dari warung mak leha.

    ReplyDelete
  4. Salam hajah kakPah,
    Tapi mereka orang yang kita kenal.

    ReplyDelete
  5. salam kak hajah nora,
    'perigi inn' saya tak tau.. tapi kalau kat bukit cina tu memang ada gerai makan mee rebus/kari (dah lupa sebab dah lama..) tepi jalan lepas tu kat rumah orang... disitu ker?.. masa saya tinggal melaka, sering kesitu dengan kawan, minum pagi...

    ReplyDelete
  6. Hajah Rahmah,
    Gerai dia tepi jalan, depan ada perigi dan rumah dia yang tersergam di sebelah. Memang popular di bandar ini.

    ReplyDelete
  7. Hjh Nora
    Wow, sikit punya upah! Macam2 dapat makan. Baguslah. Yg penting sistem perpaipan rumah ok. Kamera baru tak ambil pula gambar2 paip, ye. Semoga hjh segera sihat semula. Salam bahagia.

    ReplyDelete
  8. Salam Temuk,
    Mana tak belanja makan, datang dari jauh.......Terima kasih, sudah beransur pulih.

    ReplyDelete
  9. Aminnn... moga terus pulih...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.