JY: nak gi mana breakfast?
Me: Soto Zul, dah lama tak makan soto dia.
So to the food court di sebelahan bangunan arked MARA, Jalan Gambut we went.
Zul dan isterinya Dek Non (pasangan muda dan bahagia) sedang menjalankan tugas masak dan layan pelanggan. (Sorry, Non tertinggal tudung)
JY: Non, macam biasa. (See, kami memang pelanggan tetap dia Zul Soto))
JY: Non, macam biasa. (See, kami memang pelanggan tetap dia Zul Soto))
Pada saya tak ada yang boleh lawan soto hasil air tangan mereka ini. Mesti singgah punya! Jadi my bench mark! Enak sekali rasanya. Kalau balik Melaka, rindu Soto Zul (awas bukan orangnya ye!)Sup sotonya terasa rempah dan daging ayam bukan di siat-siat tetapi comes in small 'ketul'. Lihat gambar.
Siap dengan pergedel kentang, su'un goreng, taugeh, pilihan nasi himpit/mee/mee hoon. taburan bawang goreng/daun bawang dan kicap cili api . Di gerai Zul ada jual menu lain spt nasi lemak, nasi goreng, mee goreng dan lauk pauk. tetapi soto ialah yang specialitynya. Kami pilih soto nasi himpit. Baik punya!
Order pula teh tarek.
" Teh tarek kurang manis dua!"
Ustaz Abd.Rahim tuan punya salah sebuah gerai minuman di tempat yang sama gembira tersenyum membawa teh tarek. Lihat tersenyum bersama JY. Ustaz selalu datang berbual dengan kami jika kami kunjung ke sana.
So we had a hearty breakfast, soto and teh tarik, in that fine cold morning. Semoga terus maju, Zul, Non and Ustaz!
Finally,
Soto anyone?
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.