Beep! Beep! Beep!

My car alarm system was not working. Bila tekan je remote alarm berbunyi. Beep,beep,beep!
Jadi pergilah check at one of the car accessories shops di Stadium Darul Makmur. While waiting for the young workers to set up the new alarm system in my car, an old lady came and sat next to me(See pic) She's Ah Mah, 82 yrs old, mother to the towkay of this shop. But Ah Mah is strong, knees no pain, can walk steadily, help to clear things around the shop. Only thing, she has trouble hearing. Said Amah "Biasalah orang tua. Doktor kata nak kasi boleh dengar, boleh, Buat apa buang duit RM2000.Doktor cakap tak payahlah. Lebih baik ni macam. Nanti anak-anak marah, bising-bising, cucu bising-bising, kita tak dengar. Hati senang. Kalau dapat dengar, kita susah hati, marah-marah, merajuk."
For an old Chinese lady, her Bahasa is quite good. She does'nt want to stay at the Pusat Jagaan Orang Tua "sebab makan tak sedap, nanti gadoh. "So her son brings her to the shop. Ah Mah advised "Jangan makan barang sejuk macam taugeh, kangkong , timun. Kalau sayur masak pagi makan pagi, jangan simpan sampai petang. Nasi sejuk jangan makan, nasi semalam pun jangan makan, nanti banyak angin. Kalau mahu buang angin, minum 100 Plus tapi tin punya sebab ada banyak gas." But Ah Mah likes coffee (kopi o lagi) her fav drink (banyak angin juga tu).
On relaxation Ah Mah said " Saya ada pergi Genting. Main-main sikitlah. Sikit-sikit main duit. Tak banyak. Anak bawa. Kerja saje mana boleh. Mesti makan angin suka-suka. Sana sejuk tapi saya tak rasa sejuk pun"
On her fav cucu " Saya ada cucu lelaki empat tahun, mulut sangat manis. Pandai panggil orang. Dia sayang saya. Saya pun sayang dia. Dia mahu ikut saya, tapi dia emak tak kasi.' And she imitated hoe her cucu speaks to her. Sign languange.
Ah Mah ni needs someone to talk too, a patient listener!!

Itu kisah Ah Mah. Eh agaknya kalau panjang umur, saya macam Ah Mah ke? Doa: Semoga dikurniakan panjang umur dalam kesihatan yang elok dan murahkan rezeki. Ada mereka yang disayang menjaga saya. Amin.

Lepas tu saya tengok budak-budak ni pasang alarm. David and company.
JY dah gi friday prayers. I susah hati, Wair-wair pasang alarm kereta terburai, boleh ke budak-budak ni buat? A yo yo.Alarm ok but not the locking system. Ambil masa lama juga. Try this way and that.Rupanya the model yang dicadangkan tak sesuai dengan my car system. Actually awal lagi we did not agree But being business. boleh, boleh punya! Patutlah lama! So bila JY sampai semula after prayers, dia suruh tukar model yang lain. Barulah system sesuai dan siap segera. Fine, satisfied. Budak-budak ni patut baca dulu manual. Imagine dari jam 10 pagi sampai 3 petang baru siap. Sambil tu tengoklah orang pasang cermin gelap, pasang car radio, sarung kusyen kereta. Observe macam mana mereka berniaga, bekerja and serve the customers.These boys learn these skills through observation, practise, team work and mulut mahu manis be!Tak pergi kursus pun mereka.The bos pula attracted customers' attention through a speaker(not taped but live) "Offer. offer, murah, murah,.....blah, blah" See, there are other competitors at the same area. And there was one very young boy just observing and helping quietly the experienced ones, school leaver on -the- job training.

Now my car dah ada alarm baru, lebih canggih lagi, ada peningkatanlah! Hope for the best!

Ah Mah : Terima kasih ye, nanti datang lagi, datang lagi (and gave me some more bottled drinking water)

Take care Ah Mah! Terima kasih David and gang (will come again if the alarm not functioning well, David)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.