KLCC, cuci mata




See, what I bought at I****n, KLCC. Saje beli sebagai buah tangan. Tak mampu nak beli yang berjenama, dapatlah bag yang comel ni (to me lah) kat Clearance Corner. I like the design. The salesgirl, a Chinese lady, kata, boleh masuk telekong ma. Wah pandainya dia, dah tahu apa yang nak di 'store' dalam bag kita.

Menu hari ini

Masih maintain lagi mood rajin masak. Untuk itu sila layar masakan simple ini, tak banyak kerenah:

Udang n Wedges Goreng Kunyit: Hiris kasar 2 biji bawang besar, ketuk 3 ulas bawang putih, hiris sikit halia, hiris serung 3 biji cili hijau (saya tak ada cili merah, kalau ada, lagi bagus, ada warna), kupas 3 biji kentang dan potong wedges, bersihkan udang saiz sederhana (saya tak ambil kepala udang) dan perap dengan garam kunyit. Panas minyak, goreng wedges. Angkat. Kalau minyak banyak kurangkan (tapi ikut sukalah kalau suka minyak banyak) tumis hirisan dan ketukan tadi, tabur sikit kunyit dan goreng separuh masak, masukkan sekeping asam keping. Masukkan udang dan gaul rata dengan bahan gorengan, goreng sampai udang kemerahan (jangan sampai garing), Masukkan wedges tadi. Kalau suka basah, masukkan sikit air. Mine, dapat air udang aje.Jangan lupa rasa, ada rasa masin atau tidak. Saya tak tambah garam sebab udang dah di perap dengan garam. Well, you all boleh ubah suai ikut selera masing-masing. Kan mudah itu, main campak je!

Sepatutnya nak masak satu lagi menu tapi tukar pula (postpone till tomorrow, InsyaAllah) bila ke rumah Mak Besau (sebutan orang melaka untuk 'Mak Besar' gelaran untuk mak chik yang sulung dalam adik beradik), nampak dia masak Rendang Ayam. Sebenarnya Mak Besau ini buat jualan bila ada order. Kebetulan hari ini ada orang order pulut kuning ( sebut 'nasi kunyit' di Melaka) dan rendang ayam. Ada lebih untuk dijual, beli je le. Layan ye masakan saya dan juga masakan Mak Besau. Sedap....


Ikan, ikan


Beginilah sibuknya bahagian jual ikan di Pasar Besar Melaka atau Sentral Market pada pagi Ahad. Macam-macam ikan ada.

Posted by Picasa
Saya taklah beli ikan tapi breakfast di gerai ini, di tingkat satu.
Teh tarik dua tosai bawang satu dan nasi lemak bungkus satu. Well, for me and my sis.

Hidup semula

Ini bukan kes mati hidup semula! Ini kes nak hidupkan semula hobi satu masa dulu, tanam pokok orkid. Banyak jugalah belanjanya, dengan pondoknya dan mendapatkan pelbagai species. Sukanya hati bila tengok ia menjadi. Bila saya pindah randah, hobi ini terpaksa ditangguhkan. Ada juga saki baki yang tinggal, tak dijaga. Kini, saya nak hidupkan kembali hobi ini. Jadi, pagi tadi pergilah ke pasar sentral, pasar besar Melaka untuk meninjau, survey dulu..... Dapatkan yang murah (tak murah pun) dan senang dijaga...





Awek di atas ini namanya Melati, sesuai dengan businessnya, jual pokok bunga dan potted plants. Melati ada nurseri di Kandang. Hope to visit her place one day.

From Melati, I bought these two starters , sebagai motivasi.


Pondok orkid belum buat lagi. Nampak tak Cattleyas di tepi tu?



Inilah hasil daripada Cattleyas yang lama tu - purple-flowered cattleya.Tak dijaga tapi berbunga juga. Kalau dijaga, lagi banyak bunganya ya?


Anda ada pokok orkid yang nak dibuang?