Pernah makan lempeng, makanan tradisi orang kita? Ada berbagai jenis lempeng, ada lempeng nyior, ada lempeng kelapa, ada lempeng sagu, ada lempeng pisang, ada lempeng ubi . Di dalam fridge nampaknya ada lebihan sambal tumis ikan bilis. Apa lawannya yang best? Buat lempeng bawanglah. Dah lama saya nak mencuba. Cuma perlukan tepung gandum (4 cawan, kalau nak buat banyak). Saya hanya guna 3 cawan. 1 sudu besar gula. 1 biji telur (ambil putihnya, merahnya jangan buang, boleh buat puding karamel)) , satu camca kecil garam(ikut rasa), 1 cawan air(tetapi boleh tambah jika bancuhan pekat), 3 helai daun pandan (disimpul untuk dijadikan penyapu minyak), sedikit minyak masak.Oh ye, bawang merah beberap butir dan dimayang halus. Campurkan tepung, gula, garam, putih telur. Gaul rata. Masukkan air sikit, sikit. Bancuhan biar tidak pekat sangat. Gaulkan bahan, termasuk hirisan bawnag merah, hingga adunan sebati. Siap semua, panaskan kuali leper. Sapukan minyak dengan menggunakan daun pandan yang diikat tadi. Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali. Ratakan dengan belakang senduk agar lempeng tidak terlalu tebal. Kecilkan api. Bila bahagian bawah lempeng keperangan, balikkan. Angkat bila telah masak. Lempeng sedap bila ia masih panas. Apalagi kalau lawannya sambal tumis ikan bilis. Minuman pula, kopi o panas! Terima kasih Hjh Norbi kerana mengajar saya buat lempeng ini. Lain kali nak cuba lempeng kelapa pula. Kena guna kelapa parut dari kelapa muda ye?



Sambal tumis ikan bilis dan lempeng bawang......sedap

Oh yes, we'll keep on singing all the way, it's gonna make u happy everyday yeah, yeah, yeah!!!!

