Salam semua.
Memang problem dengan burung-burung yang telah buat bahagian belakang rumah di BS sebagai hotel istana tenggek mereka, tak sudah-sudah. Kali ni bawa yang kecik-kecik pula, specie lain, yang berbunyi bising 'tweet,tweet, tweet"...twitterlah tu. Sekarang jam 6.35 petang. Time balik 'hotel'. Bising dan kecoh kat belakang, rebut tempat tinggal. Lantai pula punyalah kotor dengan najis. Semalam ada dua orang anak muda cuba tembak burung-burung yang berkeliaran tu. Mereka pun give up. Tadi saya called Mdm Chairman MNS Pahang, tanya macam mana nak hapuskan burung. 'Oh we never kill birds my dear........" But these birds are troublesome, rumah bau hama, lantai penuh najis, kotor, saya selalu bersin, not healthy at all. Kalau hinggap kat pokok, tidak mengapa, ini tidak. Kita dah ambil tindakan, tapi burung-burung tu masih tetap suka tempat di bawah bumbung belakang rumah. Agaknya tiada gangguan dan cozy, ha, ha, ha, Atau jiran masih baik hati, tabur sisa makanan...Kebetulan Mdm Chairman (who is actually my friend) akan ke Jabatan Mergastua esok. Cuba tanya bapak-bapak di mergastua tu macam mana mereka boleh bantu saya. Tak larat den cuci lantai. Dah beli clorox botol besau, esok nak kerja kuat sental lantai. Tapi akan kotor juga akhirnya. Sekarang dah jam 7.00...belakang senyap..tidurlah tu.
Satu ketika di Hari Raya
Salam semua,
Teringat satu ketika di hari raya.....
Masa tu tinggal di rumah kedai di bandar Melaka, Riverside, sekarang Jalan Laksamana. Tiga hari sebelum raya, dinamakan 'hari tujuh likur' arwah emak sudah arahkan kami pakai baju raya, pakai cantik-cantik sebab tak lama lagi hari raya. Kami pun berhias. Emak dan makcik (adik emak) sibuk di dapur. Emak sibuk buat kuih. Pukul-pukul berpuluh-puluh telur hingga kembang dalam pasu. Nak buat kuih baulu. Buat kuih samprit, kuih bangkit, bakar kek suji (a must) dan macam-macam. Anyam daun kelapa buat kelonsong ketupat nasi. Makcik sibuk memasak. Masak rendang, kuah kacang, bagai. Pagi raya seawal 5 pagi sudah dikejutkan. Siap pagi raya. Pakai baju gaun (dress) jahitan arwah emak, pakai kasut jenama B*T*, berstokin, bergaya dengan gelang, rantai yang lengkap dengan loket "pound" emas, rambut sudah dikerintingkan sebelum raya. Banyaknya baju, bertukar ganti satu hari. Salam raya dengan bapak, emak dan dengan yang seniors. Ke depan, ke belakang kedai bergaya dengan baju baru. Kedai bapak bersih, kemas dihiasi dengan langsir-langsir cantik. Arwah pakcik (suami makcik) yang punya tugas. Kedai tutup tiga hari. Meja kuih pula, panjang , penuh dengan biskut, emak buat. Ada kuih kepala meja merupakan 'doll cake' siap gaun icing. Mak juga yang buat. Ada agar-agar pelbagai warna, bentuk dan rasa. Emak juga yang buat. Ada air oren, sarsi, ais krim soda, air 'gas' dalam botol kaca sederhana besar, keluaran Long Chan atau F & N. Air botol ni telah di order seminggu sebelum raya. Adalah puluhan crate bapak order. Tak ada peti ais. Beli air batu blok dari kedai depan. Pagi raya ke kedai gambar di Kampung Pantai untuk 'tangkap' gambar raya. Masa itu seingat saya tak ada duit raya. Pecah tabung ayam (batu) kira duit simpanan (saving), pergi kedai permainan di Bunga Raya, beli permainan idaman, masak-masaklah, anak patunglah....Main bunga api, di kaki lima kedai. Pergi tengok wayang bersama pak cik dan mak cik dan kakak di panggung wayang Rex, Lido, Capitol. Ramai orang di panggung, tengok wayang gambau!!Tetamu yang datang ke rumah pula rakan-rakan bapak, kawan-kawan emak, 'orang-orang awak', bapa nyonya Heeren Street pun datang. Anak-anak jiran (berek atau quarters kastam marin) sebelah kedai pun ada.
Itu yang saya ingat satu ketika di Hari Raya, masa kecik-kecik dulu...
Di pagi ini saya terkenangkan arwah bapak, emak, pak cik, mak cik dan Noi.
Al Fatihah buat bapak, emak, pakcik, makcik dan Noi.......semoga aman di alam sana.

Moh raya lagi
Salam semua.
Tadi saya busy busy kat dapur. Esok saya nak raya 2nd round. Mesti ada suasana raya juga kan? Ingat nak buat Rendang orang awak atau Rendang Minangkabau. Rendang ini 'a must' di rumah BC bila hari raya.( Resepi arwah mak). Tapi kali ini saya nak cuba yang lain pula. Nak cuba rendang yang saya namakan Rendang Ayam Home Sweet Home. Saya cuba resepi blogger Ummi. Nampak okey. Ketupat mini pun dah rebus. Untuk berbuka petang ni bolehlah celebrate pre raya dengan juadah ketupat dan rendang. Kalau rajin, nanti malam nak buat Jelly Laichee pula. Mana tahu malam ni tukar pula program, nak layan Anugerah Skrin jam 9 malam. JY pula tanya 'Lontong tak ada ke?" Penat merendang belum habis lagi, wei.....So, kepada yang menyambut hari raya pusingan ke dua, Selamat Hari Raya.
Sorry, tak dapat nak tunjukkan imej Rendang Ayam Home Sweet Home, ada problem downloading.

Bagus juga

Salam semua.
Dulu dipanggil 'flat'. Kemudian, 'flat mewah'. Kini, 'apartment', 'condominium'. Bagus juga kalau ada sebuah 'apartment' khasnya di KL. Mana tidaknya, bila terkenangkan mana nak melepak atau bermalam bila ada program seperti shopping, teater, majlis kahwin dan macam-macam program riadah di KL. Ada tempat hinggap. Nak tinggal lama-lama, bosan juga lah kalau tidak ada aktiviti yang berfaedah. Nanti asyik tengok TV, masak, mengemas, tidur. Tak payah yang besar, yang mewah sangat. Cukuplah apartment 3 bilik, ada ruang dapur comel, ada sudut TV, ada balkoni nak tengok pemandangan nun jauh sana, ada udara bersih. Ada gymnasium. Paling budak-budak suka, kolam renang. Kata orang, kalau kita nak rumah yang ada kolam renang, belilah apartment. Sekuriti okey. Privacy, pasti. Komuniti apartment masing-masing tak tahu, tak kenal jiran sebelah rumah. Masing-masing jaga hal sendiri.
Kalau masa berkerja dulu bolehlah invest sebuah. Eloklah suku sakat saudara yang muda-muda, yang sedang bekerja, fikir-fikirkan, beli sebuah apartment di KL. Boleh kami menumpang. Taklah balik hari 'day trip' atau tinggal di hotel atau meramaikan rumah saudara mara.
Kepada pemilik apartment di atas, tahniah diucapkan. Pada saya anda telah buat pilihan yang bijak. Esok-esok kalau dah jemu tinggal di apartment atau pun ada famili, jual aje. Banyak pembeli menunggu.
Tetapi awas! Kata peribahasa "Kalau takut dilanda ombak, jangan berumah di tepi pantai" dan sekarang dengan kejadian bencana alam bila-bila masa "Kalau takut dilanda gempabumi, jangan berumah di tingkat-tingkat tinggi"!
Subscribe to:
Posts (Atom)