RESEPI MUDAH

Cendawan tiram pemberian seorang sahabat banyak sungguh. Berlebihan. Dah masak sebahagian, ada lagi. Terima kasih atas cadangan resepi yang sesuai untuk cendawan tiram. Baru tadi untuk makan malam, saya masak sup cendawan, ayam goreng kunyit, buat sambal belacan cili api.Mudahkan. Untuk sup cendawan saya tumbuk 3 ulas bawang merah bersama 2 ulas bawang putih, Halia tak de stok. Sediakan sedikit kulit kayu manis dan sup bunjut. Cendawan direndam, Kemudian dicuci bersih untuk menghilangkan pasir-pasir yang tersangkut di celah-celah cendawan.Maklumlah cendawan 'fresh from the farm' belum bersih seperti kita beli dikedai. Hiris daging ayam sikit. Potong wedge sebiji buah tomato, nak beri warna pada sup nanti. Itu saje bahan-bahannya. Tak pula saya masuk sayur-sayur lain, nanti jadi sup sayur pula. Daun bawang dan sup, tiada stok. Bila dah siap semua, panas sedikit minyak. Tumis bawang yang telah ditumbuk bersama kulit kayu manis. Bila dah naik bau, masukkan air ikut banyak yang kita hendak. Masukkan sup bunjut dan hirisan daging ayam.Biar mereneh (betul, term ini?) Kecilkan api, masukkan cendawan dan tomato wedges. Rasa garam ye. Ini dia sup cendawan tiram saya...
Bila dihidang, komen 'juri', lain kali tak payah tumis, terus guna air....

2 comments:

  1. Mmg sedap kak hajah nora
    Saya mmg suka
    Pastu ada pulak sambal ikan bilis kering....
    Hmmmmmmmmm

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.