KIRIMAN

Terima acar buah air tangan classmate form 6 dulu, Sapurah, yang tinggal di Batu Pahat. Sejak tamat Tkn6 di SAB KL, tak pernah kami bersua muka atau bertukar khabar. Baru-baru ini baru dapat berhubung semula dalam groupchat watsapp member classmate. Terima kasih Sapurah, semoga diberkati. Tetapi saya belum rasa lagi sebab saya di Kuantan. Imej acar buah sapurah kiriman kakak di Melaka. Satu bekas berkabus sebab baru keluar dari fridge.
Cantik tulisan Sapurah, masih sama.... Kakak juga kirim imej sayur bendir yang runcing jarinya. Lama saya tunggu pokok bendir ini mengeluarkan hasil. Ini adalah hasil pokok bendir yang menjadi. Sebab ada yang bantut,dan tak mau membesar. Kata yang pakar, 'tanam dalam pasu mana pokok nak besau' hihihi....Pokok yang menjadi ini pun hanya 2 batang. Jadilah merasa hasil pertama, buat sayur masak asam pedas ikan tenggiri. Tak pelah biarlah orang di Melaka rasa dahulu.
Suka ye, duduk jauh-jauh ini dapat kiriman, tak kiralah sms ke, watsapp ke, telegram ke......masih diingati!! Terima kasih Angah atas berita terkini ^oo^

4 comments:

  1. Tahun ni pokok buah menjadi agaknya..Alhamdulillah...Nak share kisah pokok di rumah ni pulak...1st time pokok jambu air berbuah tapi sayang buahnya gugur sendiri seblm ranum. Mana yg sempat ranum buahnya berbubuk pula. Pokok mempelam kali ke-2 berbuah th ni & boleh tahan juga lebatnya spti pertama kali dulu. Boleh tahan juga manis rasanya. Pokok pisang byk sikat juga buahnya ( 7-8 sikat) tak spti yg lepas-lepas 1 - 2 sikat aje dgn 5-6 biji buah. Sebatang lagi dah mengeluarkan jantung yg agak besar. Sebenarnya dah kerapkali juga pisang berbuah tapi sikit je.. Bulan lepas kami merasa pula makan seketul ubi yg elok empuknya apabila direbus & digoreng.. Cili ditanam dlm pasu pun nampak dah mengeluarkan 5 biji buah. Klu berterusan begini tak perlu membeli di pasar lagi le...Insya'Allah akan snap gambar pokok2 berkenaan menjejaki langkah Angah.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih cuja. Alhamdulillah....berbudi pada tanah itulah hasilnya. Tanah keliling rumah cuja luas boleh lah bercucuk tanam tetapi kena rajinlah mengushakannya. Ah...nanti bolehlah jual di pasar tani kalau menjadi tanaman. hihihi.....Sebentar tadi saya morining walk di perkampungan Bkt Sekilau, Nampak beberapa pokok mangga berbuah lebat.

      Delete
  2. Saya tersenyum melihat bendir kerana isteri ada tanam. Satu masa banyak yang jenis merah dihadiyah seorang blogger. Sungguh aneh warna merah. Bila dimasak bertukar menjadi warns bendir biasa. Melihat apa yang Puan Fauzeyah tulis saya juba mengikut kesana. Sayang blog nya jenis khas untuk yang terpaksa menjadi ahli. Tak jadilah. Blog saya percuma dimaki hamun. Terpulang kepada saya hendak benarkan dipapar atau tidak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam cg,
      Agaknya bendir merah mengandungi bahan-bahan yang membolehkan ia menjadi merah dan bertukar kepada warna asal bila dimasak.

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.