Singapura:3H2M

Catatan program sebagai rujukan saya.

4 Nov2012 Ahad
12.15 pagi- Bertolak dari Kuantan ke Johor Bahru melalui Segamat.
                   Singgah sebentar di Yong Peng RnR(swasta)
6.00 pagi    Sampai di RnR Gelang Patah untuk solat Subuh, bersihdiri.Sarapan
7.30 pagi    2nd Link Check Point (Malaysia)
                  Urusan imigresen dan Kastam.
Selat Tebrau

Hello Singapura!
                  Tour Guide Singapura En Din sudah sedia menunggu.       
                  City Tour: The Esplanade/Merlion Park/Boat Quay/Boat Ride/Naik Singapore Flyer
Singapore Flyer

Cruising

                Drive thru Padang/Court House/Parliament House /bekas tapak KTM Tjg Pagar.
                   Singgah solat jamak zohor-asar di Mesjid Sultan,Arab Street

Mesjid Sultan. Ramai jemaah waktu kami singgah

                   Makan tengahari:Pilihan , Nasi Padang/ Murtabak Singapura
                   Tinjau pula apa yang ada di Bugis Street, macam di HK (belum ke sana lagi)
                   Check in Hotel
                   Rihat
                  Keluar semula.Tinjau pula apa ada di Mustapha Center (macam our local Mydin). Dikenali  dengan Little India. Tapi kami wrong place at wrong time.Kebetulan cuti Ahad, ada perayaan agama Hindu menunggu perarakan sambutan Deepavali, so,....ramailah yang  berpusu-pusu.Faham-faham aje lah. Hujan renyai-renyai. Ada antara kami sesat dalam crowd.
8.00 mlm   Makan malam. (on own) Balik hotel. Tidur

5 Nov2012 (Isnin)
9.00            Sarapan di Pasar Geylang Serai
Mee Rebus Singapura
 
                    Cuci mata di bazar. Tapi ada  yang dah membeli
                    Kedai-kedai banyak yang tutup. Sebab, hari Isnin pekedai  ambil kesempatan rihat.     
                    Bersiar-siar di Taman Orkid Singapura yang sangat indah.

                  Banyak rumah-rumah mewah serta foreign embassy di kawasan ini.
Antara rumah mewah 'atas tanah'.
      .
              En Din bawa kami makan tengahari. Oh, macam follow the leader. Turun tangga
                  naik tangga. Lalu kawasan bazar. Rupanya ke  Restoren Ayam Penyet.                              Bayangkan nak  siapkan hidangan. untuk 25 orang
                  Terus aktiviti, solat jamakzuhur-asar.. Lagi sekali ikut tour guide.
 Masuk kedai keluar kedai, Pandang kanan, pandang kiri, pandang kedai lah!
 Lintas jalan. Tujuan , nak solat di Mesjid Al Falah. Kawasan Orchard Road juga.
Bersih dan aircond mesjid ini. Sebenarnya surau.
3.00 ptg      Lawatan diteruskan. Ke Pulau Sentosa.
'Itu istana Shrek' kata tour guide.
Ke Universal Studio, tapi tak masuk yang utama,know what I mean.
Ambil gambar kat 'globe US'.Jadi lah.....

                   Mula-mula lawat Maritime Museum....kisah  sejarah bagaimana Singapura berkembang menjadi pelabuhan terkenal.

Perhubungan dengan Galle
Lepas tu,
.    Ke Sentosa Underwater World. Tau-taulah...tengok ikan seperti pari gergasi, shark dan sebagainya. Ikan Koi tak de pula!
Dongak, jangan tak dongak. Depan tu, jurugambar kami dengan videocam dia.
.   Rihat dan lepak, tunggu time untuk lihat Dolphin Show.
.    Teruskan riang ria di Sentosa dengan berjalan kaki, naik train, panjat tangga, guna eskalator,
 naik bus. Penat tapi gembira.
ke tempat show Song of the Seas. Kalau nak tau..sila ke You Tube...
satu persembahan lengkap boleh diikuti. Very interesting and awesome.!
Salah satu adegan dalam persembahan Song of the Seas, bunga api!
.   Balik. Naik train dan bas lagi ke terminal bus.
.   Makan malam. Kali ini saya makan Kuay Teow Goreng Sigapore Mamak style, warna merah tak macam mamak style  kita. Banyak pula tu, tak habis, Bungkus, bawabalik  ke hotel.
.10.00 malam Hotel. Rihat serta . kemas-kemas barang untuk berangkat pulang esoknya.

6 Nov 2012 Selasa
9.00 pagi  Sarapan di Geylang Serai lagi. Kali ni saya makan lontong , Sedap to the maksimun.
(saya quote kata-kata tour guide)
 Hee, hee.
 Kedai  buka jam 10 pagi Apa lagi, Cik Kiah membeli-belah. Tak cukup bazar Geylang Serai,,lintas  ke seberang,  ke Joo Chiat...more shopping cari kain ela.
Terpengaruh!

 Sudah diberitau berkumpul jam 12.00th. Kalau tidak, ada yang nak ke Arab Street, shopping.
Tapi tak sempat.
              En Din bawa kami ke Kedai Chocolate. Belilah serba sikit.Nak habis kan Dollar

                Singgah pula beli Murtabak Singapura, ingat orang di rumah.
Di Singapore 2nd Link. imigresen n kastam
Solat di RnR ,Lunch
Dalam perjalanan singgah pula cuci mata di JPO, JB. Take note !

jambatan 2nd link

Bersama,u,Adibah
Singgah Segamat, solat dan makan malam.
11.30mlm sampai Kuantan dengan selamatnya.

Keseluruhan lawatan,
Enjoyable trip
Jauh berjalan luas pandangan
Banyak dipelajari
Tour guide yang peramah, penyabar, berpengetahuan, lucu
Bijak mengatur semula program sesuai dengan Cik Kiah-Cik Kiah
Profram mengikut kemampuan Cik Kiah, tau tak pe ^-^
Itulah tour guide kami. Terima kasih banyak-banyak ye. Sempat dia buat puding suji untuk kami.



                     

6 comments:

  1. salam sejahtera cikgu.
    Rasa terbuai mcm saya ikut sama dgn cikgu.
    Cara cerita dan gambar2 tu menarik. Saya pun rasa nak ke sana lagi. Masa emak saya remaja dia mengaji di sana dkt Masjid Sultan. Rumahnya dah bertukar jadi rumah kedai.
    Saya miss Song of the seas tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ju n terima kasih atas komen. Saya lihat perkembangan spore sangat pesat. Tapi sedih lihat tapak stesen KTM. Mkn next visit nak ke garden by the bay.

      Delete
  2. Seronoknya ziarah, lihat tempat-tempat + makan macam-macam di sana sini tu. Lebih 20 tahun saya tak ke sana! Kata orang, barang2 elektronik murah sikit di Singapura.

    Hari ni agaknya ada tak orang panggil negara tu "Singapura"?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Temuk,
      Terima kasih atas komen.Kalau berjalan dengan geng satu kepala memang seronok. Negara kecil mungkin senang dibangunkan. Saya tak pasti akan harga barang eletronik. Cik Kiah asyik ke kedai kain dan makanan je. Ada lagu lokal nya "Singapura oh Singapura"

      Delete
  3. Assallamualaikum Hjh,
    membaca catatan ini sgt menarik perhatian mama Nadz. Entah bila dapat berkunjung. Telah terlalu lama ingatan yang pernah ke sana, pada tahun 1979 semasa di MPPM mengikuti rombongan kelas PPAK di bawah pensyarah En Mazlan. Masa tu terasa sudah hebatnya Singapura, apatah lagi pada hari ini tentunya.
    Kain ela murah ke di sana? w/salam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam nadz,
      Elok juga melancong dan buka mata di Singapura. Amat hebat pembangunannya. Harga kain ela dan barang-barang lain kalau ditukar dengan RM kita, sama juga harganya. Mungkin dari segi design, agaknya yang baru.

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.