Sarapan: cucur jagung tin

Semalam dah masak bubur jagung untuk minum petang. Apakata kita buat pula cucur jagung untuk sarapan pagi ini. Ada jagung tin Adabi, tepung, ada ikan bilis, bawang merah, cili merah. Cukuplah.

Mudah buatnya. Sukatan main agak aje. Kalau ada daun bawang lagi naik colour cucur.  Makanlah dengan sos tomato campur sos cili.
Oh yes, hari ini birthday si dia, cucu nek lang, si bujang, di Melaka. Dia suka cucur stau cengkodok tepung begitu saje. Happy birthday to you. Selamat menyambut harijadi ke 10 tahun. Dah besar dah cucu nek lang.Semoga sihat dan dipanjangkan umur serta murah rezki. Ameen. Ingat apa pesan nek lang, ye. Nanti kita buat cengkodok sama-sama ye. Tok Lang nak rasa nasi goreng encik iddin , boleh? Kak Nana pun kirim ucapan 'Happy Birthday Iddin'

bersama tok lang bersihkan basikal tak  lipat

4 comments:

  1. Salam Sejahtera,

    Tak pernah makan cucur jagung, selalu buat puding dan bubur ajer, nanti2 nak cuba..hik3x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam MM,
      Semoga MM sihat.Selamat mencuba cucur jagung. Enak sekali.

      Delete
  2. Salam sejahtera cikgu

    Rajin betul sibujang tu cuci basikal! nampak bersungguh!
    Nanti nak cubalah, tak pernah rasa lagi. La ni makan jagung rebus dr cameron higland, lembut je, suami nak blend jagung tu buat juice, saya kata...sayang1 nak mkn mcm tu je...

    ReplyDelete
  3. Salam Ju,
    Memang gitu dia, rajin bermusim! Jagung manis rebus sedap. Penat mulut mengunya jagung,terselit pula antara gigi Ha, ha.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.