AIBP waktu malam. Gambar dari blogger berkenaan. |
Sambil menunggu .......saya perhatikan....
Tangga yang digunakan merupakan laluan serba serbi. Maksud saya,,itulah satu-satunya laluan untuk pelanggan naik ke ruang makan di tingkat atas. Situlah juga makanan yang dah masak dan minuman pesanan pelanggan dibawa ke atas oleh pembantu atau pelayan kedai. Tangga itulah juga pembantu bawa turun naik peralatan makanan seperti pinggan, gelas yang telah digunakan. Akibatnya sibuklah laluan satu-satunya tangga yang ada. Bertembung yang turun, yang naik. Sudah tentu kita perlu berhati- hati naik turun tangga sebab kelihat anak tangga agak licin. Mungkin ini berlaku waktu peak hours. Waktu lain , tak kot?Apa-apa pun, cadangan saya, buatlah tangga lain untuk laluan pelanggan. Atau laluan "For Staff only", Dan pentingnya ada laluan lain, kalaulah berlaku 'emergency'......ha...macam mana? Nak lompat terjun??
Keduanya, oleh kerana tempat ini popular, pelanggan pun ramai (waktu malam),,,,jadi pelayan pun terlalu sibuk hinggakan kita sendiri terpaksa layan diri ambil sudu dan garpu sendiri, ambil mangkuk sup tomyam, sendiri. Ada bekas sudu di atas meja, tetapi kosong, tu yang kena layan diri. Kertas tisu pun tak ada. Peralatan cuci tangan tak disediakan. Sinki jauh letaknya. Cadangan saya, tambahlah pembantu atau pelayan yang boleh memberi perkhidmatan yang lebih baik, lebih efisyen.
Ketiga, pesanan minuman. Seorang sahaja kelihatan yang kerjanya ambil pesanan minuman dari pelanggan. Pesanan datang lambat pula. Kalau makanan bermasak saya faham sebab ambil masa untuk memasaknya. Pesanan minuman saya datang lambat. Dah start makan, air tak sampai lagi. Kena beri peringatan. Bila pelayan hantar, sempat dia kata "nak buat macam mana?" bila saya komen "nak tercekek saya". Apa salahnya dia kata "Minta maaf encik, minuman lambat". Sejuk hati sikit kan?
Harga? tak tau saya sebab ada orang belanja "buka table" Kami makan nasi putih berlaukkan tomyam campur, telur bungkus, sayur kailan goreng belacan, ikan siakap kukus, sotong goreng tepung, kerabu mangga dan sudah tentu ikan bakar petai! Maaflah, malam itu, ikan tak berapa fresh! Keseluruhan, okey-okeylah rasanya. Btw,sup tomyam kami habis sebelum nasi sampai. Lambatnya service! (nak buat macam mana, quote and unquote)
Maaf, AIBP, itu cuma cadangan saya supaya AIBP lebih 'bintang' nya. Harus ada 'contigency plan' .Tapi "ada aku kisah" atas review dan cadangan di atas? Pengunjung "aku" ramai, mereka tak komen pun. Makanan "aku" sedap, itu yang penting.
Tak pula saya ambil gambar suasana di AIBP. Jadi saya pinjam lah imej dari bloggers.Minta dihalalkan,ye. Silalah anda ke blog mereka untuk mengetahui pengalaman mereka pula di AIBP.
Saya suka ruang makan tingkat atas. Meja ala Jepun/ Korea. Bayangkan pelanggan ramai, penuh ruang. |
ikan bakar petai yang popular, sedap ...Imej dari blogger |
Sempat saya ucapkan "terima kasih, adik" pada adik-adik pelayan AIBP bila tinggalkan tingkat atas. Mereka senyum,
Di muka pintu, bersepah kasut,seliper pengunjung.
Mujur saya letak kasut saya di tempat letak kasut/slipper sebelum masuk ke ruang makan.
Di muka pintu, bersepah kasut,seliper pengunjung.
Mujur saya letak kasut saya di tempat letak kasut/slipper sebelum masuk ke ruang makan.
Rasa nya serik dah nak pergi kat situ.....memang pelayan kat situ sibuk memanjang ..tokei dia dok kira duit jer kat caisher..
ReplyDeleteOh yang ezza cerita dulu, ini kedainya? Tapi orang tetap ramai pergi. Za, nanti sampaikan ucapan good luck to yaya untuk result upsr esok.
ReplyDelete