Apa lagi sudah raya?

Kita puasa sebulan. Raya pun sebulan. Suasana raya masih ada di sana sini. Suasana merdeka raya.
Tetapi kalau kita ke kedai......Kedai-kedai tekstil atau  kain yang pada bulan puasa  meriah dengan lagu-lagu raya, sekarang sudah sepi. Bila ditanya tak main lagu raya lagi? Kata mereka, sekarang musim orang kahwin pulak. Kedai-kedai jahit baju pun begitu. Kalau dulu sibuk menerima tempahan baju raya, sekarang sibuk pula menerima tempahan ke  majlis perkahwinan. Ye, musim kenduri kahwin, pertunangan dah tiba. Kenduri kahwin sekarang ni dah tak kira cuti sekolah ataupun tidak. Sila layan video di bawah yang menggambarkan suasana kenduri kahwin. Biasalah, warna warni dan meriah!!!
 Terima kasih kepada yang empunya video. Saya pinjam ye, boleh?
Saya suka lagu evergreen ini.
Selamat Pengantin Baru
.

2 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.