Rajinnya ke dapur

Elok saya buat catatan apa berlaku hari ini, Selasa 11 Sept.2012. Jam dah 11.30 malam. Bukan apa sebagai ingatan. Hari ni saya 'rajinnya  ke dapur.'

Untuk makan tengahari...maknanya...late lunch....3.00 ptg, Berperang masak nasi dhal. Mesti ada lauk. So masak kerutuk ayam. Senang je, refer buku resepi. Ikut aje cara memasak, langkah demi langkah.  Ini kali kedua saya masak menu ini (dalam hidup saya).
Makannya kejap, persediaan dan proses masaknya....alahai...nak kemas dapur lagi.

Petang...masak pula bubur kacang hijau. Nak lembutkan kacang hijau tak payah rendam. Bila rebus kacang tadi, masukkan sesudu makan minyak masak. Cepat empuk dan lembut kacang hijau.  Ah.. ada lebih ...simpan dalam fridge...sebab ada yang suka bubur kacang sejuk!

Malam...nasi dhal dah tinggal kerak...nak makan apa malam ni?
Buat  Mi Goreng basah , boleh?
Okey aje.
So lepas Isyak,  goreng mee basah ( bukan lembab tau)  .

(tak pula nak ambik gambar aktivi masakan saya hari ini)

Esok nak makan apa, bang?

Taugeh ada, tulang ayam ada. Yang tak de....nasi impit, isi ayam, kentang.......

Tau, taulah nak masak apa .......tengoklah kalau vitamin R masih ada, ye!!

Selamat malam semua....

8 comments:

  1. Bubur Kacang Hijau sejuk? Ohhh saya sukaaa!

    ReplyDelete
  2. Vitamin R = bahan wajib dalam diri setiap tukang masak. Tanpanya kosonglah meja, atau kurang cunlah hidangan. Bubur kacang orang Melaka-Kuantan bergula kelapakah agaknya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul, Vit R amat penting, kalau tidak beli aje di kedai tapi sedap lagi kalau masak sendiri. Bubur kacang orang Melaka-Kuantan bergula pasir je.

      Delete
  3. Bubur kacang hijau kalau taruh sedikit durian pun sedap..boleh makan dengan pulut tanak.

    ReplyDelete
  4. Dah lama tak makan goreng basah. Kat kl ni balik2 mi goreng mamak jek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom, singgah rumah aunty. Aunty masak special untuk dieya.

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.