Azam yang Suci

Sedang saya mengemas almari buku, terjumpa buku catatan satu kursus pernah saya hadir....lama dah.
Seronok juga membelek semula buku catatan ini, banyak nukilan  ilmu yang sangat berguna
Belek punya belek, terjumpalah muka surat yang ada catatan lirik lagu Azam Yang Suci.
Sudah tentulah lagu ini ialah untuk pelajar-pelajar sekolah sebagai pemangkin  meningkatkan keazaman belajar hingga berjaya..
Maklumlah kursus tersebut untuk pengurus-pengurus sekolah.
Kuliah siapa waktu itu, ya?
Dr Shukri bin Abdullah, pakar motivasi terkenal. Kuliah beliau memang tidak menjemukan.
Beliaulah yang menulis lirik Azam Yang Suci. Dan nyanyiannya ikut lagu "Suci dalam Debu".
Anda tahu siapa penyanyi lagu ini, kan?  Juga taukan lagunya macam mana?
Kalau anda lupa, ada saya sertakan lagu instrumental secara gamelan oleh  UIA.
Hebat juga gamelan UIA ini!!
Cubalah nyanyi bersama-sama.....

Liriknya macam ini:
Azam yang Suci
Tersedarku dari lamunan
Resah sejarah ku lupakan
Ku semaikan benih-benih harapan
Bersama sejuta impian.

Dengan azam dan keyakinan
Tempuh cabaran kehidupan
Terujilah segalah ketahanan
Berikanlah kekuatan dan keimanan.

Ku mengharapkan kejayaan
Menanti di hadapan
Namun  hakikat belum nyata
Harus berusaha.

Suatu hari nanti
Pasti ku kan berjaya
Akan aku buktikan
Pada mu ayah bonda.
Di situ kita lihat
Kebenaran hakikat
Impian jadi nyata
Kata telah dikota.

Bukan khayalan dan bukan lakunan
Tapi inilah kenyataan
Kerana cita diiringi doa
Pasti aku akan berjaya.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.