Sini sana sini

Sini sana sini.

Ah ah, makcik dari sini,Kuantan dan nak  balik sana, Melaka.
Selalunya, pakcik drive, makcik dok saje, jadi mem sambil menikmati tumbuhan rimbunan hijau..hutan dan kepala sawit.
Dah lama makcik tak pandu jauh, jadi makcik kata , "Let me drive."
So I drove from Kuantan sambil mendengar lagu zaman kami  dulu....Widuri lah, Cincin Emas lah, My Way lah, Bengawan Solo lah, Di ambang sore, Teman Baru.....and so on...sambil tu makcik menyanyi, pakcik dok diam. Pakcik suka dengar makik menyanyi walaupun ke laut.
Trafik pun lancar. Tak banyak kereta dari Kuantan ke Segamat. tapi sebaliknya dari Segamat ke Kuantan.
Bila nak potong kereta, pak cik kata "tekan kuat sikit, tekan kuat sikit"..
Makcik jawab "Dah tekanlah ni".
Hissh...ada pemantau sudah sikit drive.
"kan boleh potong tu, depan clear" kata pemantau lagi
"Tak berani sebab depan tu turun bukit" jawapannya.
"Eh dah lebih 100mph. Kang kena speed trap" rupanya dia jeling kata meter tu, tengok jarum dah lebih daripada speed yang ditetapkan...90.
Sampai Muazam Shah...okeylah now you drive...kata makcik
Aduh...penatnya..sakitnya otot-otot kaki ku. Kena buat stretching dulu.
Sapu  kaki dan lutut dengan krim urut yang panas.

Perjalanan lancar...
Segamat...Jementah....Sagil....Tangkak
Jalan berliku-liku
Bilalah jalan yang semakin sibuk ini. nak dinaiktaraf???

Sampailah kami di Air Kroh Melaka. Belum lunch lagi.
Cadang makcik nak makan 'nasi ayam penyet'. tapi ini bukan selera pakcik. (walapun dia kata okey)
Lalu kami singgah di gerai makan di kawasan Mini Malaysia. Ada masakan kampung, tentu pakcik suka.
Oh...ada gulai siput, ada masak asam pedas ikan kembung, ada masak lemak rebung. ikan kering.......
Bestnya...tapau siput sedut dan asam pedas untuk makan malam.

Sampai sini... BC.
Kemas-kemas. Tapikan....
Astro..ada masalah teknikal...tak ada service...tak ada 'signal'
Kolam ikan...ada masalah saluran tersumbat..air kolam penuh.
Rumput..dah panjang.....
Alahai..perlu tindakan segera.

Mujurlah PC tiada masalah...

Syukur selamat sampai di rumah BC. Melaka.
Maka bersambunglah 'tugasan semester' ini

Ps. Buah tangan dari Kuantan...apa lagi kalau bukan keropok lekor.

7 comments:

  1. Kak Hajah Nora...
    kiranya paling kerap melakukan perjalanan jarak jauh...
    Alhamdulillah kak hajah nora pun sihat.

    ReplyDelete
  2. Hajah,
    Jarak jauh pun antara Melaka dengan Kuantan. Alhamdulillah sehingga ini kesihatan masih 'maintain', supaya terus dapat bergerak ke sana sini.

    ReplyDelete
  3. saya kalau jalan jauh ke jalan dekat ke lebih suka jadi mem haha..
    orang rumah dua ni maacam tulah kak hajah. duduk sini yang tu tinggal. duduk situ yang ni tinggal..

    ReplyDelete
  4. tq nek lang for the kopok lekor... samapi melotop lotop masa menggoreng...best best...terima kasih daun keladi ye...

    ReplyDelete
  5. ibundo,
    Sana istana menanti, sini istana hinggap...jadi mem ada dreber sedap kan...

    ReplyDelete
  6. Ummi,
    Sama-sama, nak tambah..ada lagi..sudi-sudilah...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Hajjah,

    Saya pun masih memandu kereta bila balik ke Terengganu, bergilir2 dengan suami sebab dia cepat mengantuk semenjak pencen.

    Jadi kalau asyik berenti jer setiap R & R bila nak sampaikan.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.