Restoran WS

Wak Sofian atau ringkas WS. Beliau bermula sebagai peniaga apam balik (makcik panggil 'apam balik mengkabau',sebab selalu yang buatnya asal dari Minang). Selama 16 tahun agaknya beliau bersama isteri  menjual apam balik. Makcik adalah pelanggan utamanya. Agaknya WS nak bertukar perniagaan, maka muncullah

Berniaga di sini 15 tahun, di antara barisan kedai-kedai lama di Jalan Besar, Kuantan
(foto: Fruitheart.blogspot)
Inilah satu-satunya kedai minang yang makcik tau. Oh yes, perniagaan 'apam balik minag' disambung oleh wak minang lain, jual. di luar pasar besar Kuantan.
Macam-macam juadah Minang  di WS. Rendang daging, limpa, hati. Sup Tulang, Gulai Kawah, Ikan goreng balado, Gulai, Pergedel, sambal hijau......satu senarai panjang masakan minang ada!   Sekali sekala bila nak rasa makanan minag, makcik singah di sini menjamu selera. Tetapi restoren Wak Sofian ni susah sikit nak singgah. Ia terletak di jalan yang sangat bizi. Susah nak cari parkir.

Pagi semalam sedang makcik dan pakcik menuju ke sebuah restoren untuk sarapan pagi ini,  ternampak


Wah! makcik dan  pakcik teruja. Moh kita singgah...Amboi daripada menjual apam balik, sekarang dah buka kedai makan yang canggih.Tak jadi kami ke tempat awal tujuan.
Kami ucapkan tahniah kepada  Ita, isteri WS.....yang berani mencuba berniaga di kawasan yang hebat ini. Kami terperanjat juga mendengar sewa kedai aje 5 kali ganda dari kedai yang asal. Wow, memang berani...kami berdoa semoga mereka terus maju.
Ita, Pengurus.
Big Bos 'WS' belum sampai
Jam 8.00 pagi...Masa kami sampai, kedai baru dibuka. Pekerja sibuk menyediakan juadah untuk sarapan. Ada yang sedang dimasak (anak lelaki WS dan Ita  chef nya), ada yang baru saje masak. Kami makan apa yang ada.
.
Kuih tradisonal
Rendang ...pilih...nak daging, hati, limpa? Panas-panas dalam kuali
Gulai kawah
Nasi Dagang, Nasi Kunyit (pulut kuning), nasi himpit
Teh Tarikh dan lontong

Oh, pergedel mesti ada
Nasi Minang, makanan Padang, dari seberang...tempat pun lebih selesa, mudah parkir...
Restoren WS terletak di kawasan perniagaan Malay Town atau Pekan Melayu, satu kawasan perniagaan baru, di Kuantan.
Waktu berniaga 8.00 pagi hingga 12.00 malam.

8 comments:

  1. salam kak hajah nora...
    rasa nak terbang pi kuantan makan nasi padang...
    sure sedap tu...

    ReplyDelete
  2. Salam hjh,
    InsyaAllah. sedap. Terpulang kepada selera masing-masing.

    ReplyDelete
  3. Ahhhh....

    Ke situ pindahnya Wak Sofian yerk? Boleh lah gi nyinggah nanti, dekat jer dgn opis saya tuh, di Sri Dagangan Business Centre.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Kalaulah ada orang Kuantan yang sanggup belanja, mahulah Pak Temuk ke sana sambil mengenali & mengucapkan tahniah besar-besar kepada WS yang gigih itu. Dan baliknya tulis entri "Makan Berbayar Lagi Dikenang, Inikan Pula Makan FOC"!

    ReplyDelete
  6. Ada orang Kuantan nak belanja Pak Temuk kita ni? Yang sedsp dan sentiasa dikenang, msksn FOC lah!

    ReplyDelete
  7. Oh VersedAnggerik peminat masakan WS juga ke?

    ReplyDelete
  8. Lamo denai mancari rumah makan ws kini ko denai tau nyo di malay town, makasih ya....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.