Juri masakan

Hari Ahad
Sarapan..Nasi Goreng Kampung.
Memang sudah dirancang. Pada malam semalamnya tanak nasi untuk dapatkan nasi sejuk.
Sudah tentu, kalau Nasi Goreng Kampung,
bahan utama mesti sambal belacan bersama ikan bilis digoreng garing.
Apa kata juri (pakcik le):Banyaknya ikan bilis.
Makcik hairan juga,kalau makan nasi goreng kampung di warung, pakcik mesti minta adik yang ambil order tu, "ikan bilis banyak sikit, ye"

Tengahari
Makcik: nak makan apa lunch hari ini?
Pakcik:Asyik makan nasi aje. Makan mee pula lah.
Makcik : Mee Goreng basah?
Pakcik  pun pergilah ke kedai beli sayur dan mee lidi.
Mee Goreng Basah...mesti ada hirisan daging, kuahnya ada rasa masam-masam sikit, ada manis sikit ada masin sikit ...3 rasalah..
Makcik pun rendam mi lidi atau mi batang, rebus daging sikit, kemudian hiris.
Sejam kemudian, dapatlah mee goreng basah.
Apa kata juri?
Banyaknya daging. Kuahnya ada air asam jawa ye?
Makcik: Sikit aje letak daging (how sikit is sikit ?). Masam sikit sebab terlebih sudah air asam jawanya.
Tapi nampak...tambah Pakcik makan.

Malam
Makcik: Malam ni nak makan apa?
Pakcik: Mee tadi kan ada?
Makcik: Habis dah
Pakcik: Buat Mee Sup pula lah.
Makcik dengan setianya "saya menurut perintah"
Mee Sup sedap kalau ada ada air lada kicap.
Bila mee dan sup sudah siap......
Sibuklah makcik tumbuk cili api untuk buat air lada kicap.
Tumbuklah dalam lesung batu comel cili api bersama bawang putih tambah garam sikit, gula sikit, kicap dan perah jus asam limau sambal
Apa kata juri?
Masin pula air lada ni. Lain kali tak payah letak garam, gula, jus limau sambal Cili api, bawang putih dan kicap..sudah.

Begitulah setiap kali makcik masak, pakcik mesti beri komen.
Rasa mesti ikut selera dia.
Dia lah juri masakan makcik

Hari ini, makcik rajin ke dapur
Tapi bila time mengemas, mencuci.....
Hai tak suka!!!!
Oh ye....
Kalau ,Kak Pah, dah tukar status kepada  'ibundo'
'Akak' pun nak tukarlah pula
 'makcik'...

6 comments:

  1. salam kak hajjah nora@makcik hahaha..
    Makan kat kedai kalau banyak songeh nanti saja-saja je kena penampau ..
    Tak apa la kak nora. Kalau kat rumah, juri tu nak kena layan ikut selera dia. Tapi kan... kalau banyak cakap ni saya selalu suruh dia makan kat kedai je...kehkeh..

    ReplyDelete
  2. Salam ibundo,
    Cadangan sangat baik makan di kedai..itu pun ada benchmark menu yang tersedap.

    ReplyDelete
  3. hahaha \ mcm rancangan iron chef.. aunty masak, uncle komen :-D

    ReplyDelete
  4. Macam tu lah dieya, uncle menjadi food taster aunty.

    ReplyDelete
  5. macam tu lah...sama jugak lah dgn sy...klu masak ade je komennya...next time gitu gini...next time macam ni macam ni....manalah boleh nak sama rasa sentiasa...sbb masak kdg2 ikut apa yg ada...kdg2 tu "terkuat" garam tumpah ke...he3x....

    ReplyDelete
  6. As-Salam. Baguslah ada yang rajin beri feedback. Pakcik Temuk jenis yg malas komen, kecuali dipaksa! Mana yang ok, banyak kalilah Pakcik Temuk halakan sudu ke situ. Utk yg kurang ok, Pakcik Temuk bisik dalam hati sendiri, 'Yg ini, dia masak utk dia saja, kot.' Hihihi.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.