Basikal lagi

Lagi cerita basikal  dan  aku
Jadi juga
Ke kedai apek ( Iddin perkenalkan)
Kedai basikal kampung
Yang menjadi tumpuan peminat-peminat basikal.


Nak beli basikal.
Ada yang baru, ada yang lama,
pilih saje.

"Encik,
saya mau basikal buat execise punya"
Bukan mountain bike, bukan fixxie
Yang sedang-sedang aje
Saiz kecil padan dengan saya


Ini boleh?
Awak mau bawa pergi kedai tak?
Tak lah lah...kayuh di rumah saje.
Ini okey?? Ramai orang beli (apek promo)
Harga murah, saya kasi diskaun
Kasi loceng lagi.
Ada bakul...


Tengok yang lain..kot-kot ada yang sesuai.

Tak banyak soal...
Okey lah tu
Cukuplah 
Buat kayuh se round dua keliling laman
untuk rengganan otot lutut dan kaki
Kayuh waktu petang dan pagi
Biar berpeluh,
Badan segar...sukanya hati.

Saya: kasi seat turun sikit. Tak mau tinggi"
Apek: :Nanti saya kasi turun. Tak pe asalkan kaki sampai tanah
Saya: Roda depan nampak lembek
Apek: Nanti saya tukar tube


Basikal merah ( macam basikal Kak Timah, pesara guru kuat berbasikal)
Baru tadi saya dah keliling laman, ringan rasanya.....
Cuaca redup
Tukar panas,
Tak jadi.

Cuaca redup semula...

Kedengaran bunyi guruh
Kejap....jom berbasikal!!





.

9 comments:

  1. wah.. dah ada basikal dah. Mesti hari2 eksesais. Dulu saya ada basikal yang kayuh tak bergerak. memang bosan. Lama2 bagi kat orang.
    sekarang punya basikal mahal kan?

    ReplyDelete
  2. Hajjah NORA, saya pun tengah plan nak beli basikal. Nampak basikal merah tu sangat menepati citarasa saya. Memang saya nak pegi survey...


    Kerja Hari Minggu, Mujur Ada yang Sudi Menunggu...

    ReplyDelete
  3. Hajah,
    Murah aje basikal merah tu. Sudah tentu, hajah,saya eksesais pagi dan petang, selain daripada menyapu daun-daun kering.

    ReplyDelete
  4. AA,
    Ada basikal lebih hebat lagi tau, yang akak beli tu murah dan ringan.

    ReplyDelete
  5. As-Salam Hjh Nora
    Wow, merahnya! Satu tip hebatkan peluh: benarkan Iddin tumpang di belakang, dan berkayuhlah atas padang rumput.... Tahniah rajin exercise!

    ReplyDelete
  6. Salam Temuk,
    Well , "the child in me"......ha, ha...

    ReplyDelete
  7. Kat mana kedai basikal itu?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.