NakOSim

Salam semua.
Satu pagi kami (JY dan saya) round-round di JJ yang baru dibuka. Saje nak cuci mata,tengok apa ' extra' nya shopping centre terbaru di bandaraya Melaka. Lalu kami pun sampai lah di NakOSim Corner(alah yang jual alat-alat pelbagai mesin dan kerusi urut tu!). Konon, nak tanya-tanya benda humidifier seperti imej di bawah. Mister Kelvin, wakil penjual, mulalah blah-blah tentang kegunaan alat ini. Namanya uMist, tertarik juga (memang dah ada niat nak beli satu).

Lepas tu, Kelvin 'menggoda' lagi :Kak (muda rasanya!), cuba alat urut kaki ini, uSqueez Warm. Lihat imej di bawah. Yang warna maroon tu. Ia adalah peralatan urut kaki, sambil 'vibrate' dan menghangatkan kaki. Kami pun cuba. Nak pula kaki dah penat berjalan. Memang sedap, kaki di 'knead' (uli) dan di 'squeeze' (dipicit). Ada 3 program: Recharge, Revitalise, Relax. Harganya pun boleh tahan dan ada bonus CNY...dapat voucer bernilai RM*** boleh purchase uMist tadi. Okey lah, buat keputusan, beli.
Kak nak cuba tak alat urut belakang? Dah ada urut kaki mesti ada kerusi untuk urut belakang, kata si Kelvin. Baru sedap. Sebelum tu, dia suruh saya relaks kat kerusi urut yang tak mampu saya beli! Sedap pula...free katakan. Mujur tak ada 'shoppers' yang kenal lalu depan NakOSim.
'Kak, cuba yang ni (keluaran baru, Februari 2010) uRelax. Kelvin tak suruh 'abang' pula cuba.Dalam imej bawah, yang warna kelabu, tulah kerusi urut belakang.Wow, sedapnya bila roller urut-urut, picit-picit belakang kita. Harga berpatutan! Okeylah, tiada masalah. Kalau beli peralatan ini , semua di rumah boleh gunakan. Bila sesiapa yang rasa-rasa sakit belakang, penat kaki, nak udara bersih....singgah sahaja di NakOSim corner,sambil menonyon TV :=)


Nah, tengok si Amal sedang relaks. Itu dia action...pura-pura tidur. Tapi memang betul.Bila kaki kita di uSqueez dan belakang kita di uRelax,(15 minit) dan di gegar(vibrate), boleh buat mata mengantuk. uMist letak dalam bilik tidur, bersihkan udara dengan mist yang dikeluarkan. Hai, nampaknya tak perlu tukang urut lagi!

Berbaloi-baloi NakOSim, u !!!

4 comments:

  1. Wahhh KAK NORA macam duta ler... Kene mintak royalti ni Kak Nora.. hehehe...

    Saya setakat ini, masih guna khidmat anak-anak pijak belakang.. hahahaha

    ReplyDelete
  2. kak nora..saya pun dah pi jj tu..masa cuti raya cina tu..
    osim urut kaki..memang best..saya dah lama guna..tapi model lama la..dah 5 tahun lebih dah...

    ReplyDelete
  3. Salam Azie,
    Ah,ah, jadi duta tanpa komsen!Pijak kaki sangat elok sebagai terapai kasih sayang. Kita terapi dengan mesin!

    ReplyDelete
  4. Salam erna,
    Tak pe, lama, baru sama je.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.