Rajin tapi malas

Salam. Jumpa lagi dalam pusingan kedua hari ini. Rajinnya! Tak ada kerja lain ke?
Sememangnya, hari ini saya rajin.
Rajin mesin baju.
Rajin kemas laman rumah.
Rajin memblog. Baru tadi post satu cerita, buat sweet bunga manggar.
Tapi dalam rajin ada malas.
Malas masak. Mengapa? Tinggal berdua aje. Kakak dah keluar atas urusan persatuan. Iman, Amal, Iddin cuti (dengan kebenaran parents..bersebab). Cuma saya dan JY aje. So, nak masak apa?
Pergilah tengok-tengok kat 'dapur' berdekatan.


Oh, yes, ada gulai siput sedut dan batang keladi. Kegemaran JY dan saya juga. Borong semua RM6 aje! Untuk lunch dan dinner


Cili padi dengan kicap. Cili padi dalam apa cara pun mesti ada bila dia makan.
Ini buat sendirilah!


Sambal tumis ikan bilis, lebihan semalam
Tapau tau!


Beli juga rendang ayam, 3 keping RM6.00
JY suka rendang dengan nasi himpit.Tapi saya malas masak :(
Tak berbaloi pun bila masak!


Rebus nasi himpit. Nak makan dengan rendang nanti!

Okeylah. Nak jemur kain. Kemudian nak siap-siap.Ke mana?

6 comments:

  1. saya pun sama macam kak nor..kalau ada rendang teringat nasi impit..tapi kat rumah ni..susah sikit..hero bongsu, suka sangat ngan kuah kacang...kalau nampak nasi impit..mesti mintak kuah kacang..terpaksa gak buat, walaupun 1/2 kg kacang je...padahal kita nak makan ngan rendang je...

    ReplyDelete
  2. Tak pe Erna, untuk anak, apa-apa je.

    ReplyDelete
  3. Salam Hjh
    Kot 2 org, memang wajar beli je. Nak lagi mudah, terus makan di kedai, tak yah basuh pinggan. Murahnya 3 ketul rendang ayam = RM6? Kicap & cili api memang menambah selera. Yg saya tahu saudara2 keturunan Jawa di Perak amat akrab dgn 'sambal kicap' begitu.

    ReplyDelete
  4. kaknora, lain kali malas masak makan megi je haha..

    ReplyDelete
  5. Salam temuk,
    Benar cakap Temuk. Memang wajar 2 orang beli aje, tapi bila the other half minta masak, kena juga ke dapur.
    Betul 3 keping ayam rendang RM6.00."Dapur' sebelah rumah.

    ReplyDelete
  6. Tpi kami tak suka Maggie, hajah Pah

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.