Aktiviti pagi Sabtu

Salam teman-teman siber sekelian.
Hari ni, moh saya nak cerita aktiviti pagi semalam, pagi Sabtu.
Dah lama tak exercise. Jadi Mshart ajak lah morning walk untuk merenggangkan otot-otot serta memanaskan badan.
Laluan walk nya ialah kawasan Bukit St Paul, mendaki bukit dan turun menuju ke Kota Famosa, jalan-jalan di taman, satu pusingan.




Sempat ambil gambar dengan phone cam (atau cam phone?). Cam phone baru beli katakan, Brand tak boleh cakap lah...murah punya. Handphone saya yang dulu namanya Cik Noki, tak ada camera (ahli di rumah BC masing-masing Hp ada cam). Nak try lah dengan Cik Si Es El. Klik.klik...Ini ialah pemandangan dari atas Bukit St Paul. Nampak tak Selat Melaka? Bangunan yang tinggi ialah H***day I*n.


Satu lagi pemandangan. Nampak tak Menara Taming Sari?
Kawasan rumah kedai yang jauh di mata masih banyak yang kosong.
Kalau jadi lokasi filem, bangus sangat.
Waktu semasa ialah 8.15 pagi


Sempat pula joggers (atau walkers?) bergambar kenangan.
Sementara itu 2 orang wakil sukan Sukma sedang buat stretching(atau ballet?)


Bila turun bukit, peserta cilik ini nak ambil gambar kenangan pula kat siti meriam Portugis. Tunggu Nek Lang, Amal nak bersin dulu.....achoooo!!!


Sekarang dah ready, tunggu Amal pose :=)
Nampak tak latar belakang kaki Bukit St Paul? Nostalgia bagi saya tau...satu masa dulu, saya pernah buat persembahan hujung minggu, menari Tarian Inang Cina dengan kakak.
Tempatnya di dataran di kaki Bukit St Paul
Itulah , the first and the last menari depan public.


Peace No War, kata Master IS. Di sini ialah kawasan board walk yang terletak di luar sebuah shopping kompleks.


Oh yeah?.........Dua beranak ni nak buat renggangan otot kaki atau buat langkah tarian?
Penat ke mendaki tadi?
MsHart, jangan lupa tarik dan lepaskan nafas. pesan doktor.
Sudah jalan-jalan kat kawasan taman, kami breakfast pula di Limbongan.
Breakfast: Lontong, roti canai, lempeng, cokodok (cicah kuah masak asam), pelbagai kuih muih.
Balik semula lemak yang baru hilang.
Hmmmmmm.......

Sudah breakfast, MrKind Heart drive semula ke kawasan Dataran Pahlawan. Kenapa buat satu pusingan? Rupa-rupanya ada budak tu nak breakfast dengan menu kesukaannya di Mat Donald. Patutlah' awan gelap' tadi di Limbongan
Sayang seorang Daddy pada anaknya........terharu ;)

10 comments:

  1. kak nora..seronok ye..dapat eksesais dan beriadah pagi2 macam tu..saya dah lama betul tak buat..sejak pindah keseremban...teringin nak mulakan balik la..

    ReplyDelete
  2. kak hajah nora,
    seronok jln2 keluar peluh cenggitu...
    tapi, jumlah kalori keluar tak sama kalori masuk dgn b/fast yg sungguh menyelerakan itu....
    takpa... boleh cuba lg....

    ReplyDelete
  3. Salam Erna,
    Nak eksesais kena disiplin diri. Kadang-kadang malas....

    ReplyDelete
  4. Hjh Nora
    Udara pagi pasti nyaman. Gambar2 sekeliling Bandar Melaka tu pun cantik. CM baru balik melawat Jerman, kan? Tentu banyak idea baru utk cantikkan BM. Di manalah Cik Noki la ni bila ada Cik Hpbarucanggih? Salam bahagia.

    ReplyDelete
  5. Hajah Rahmah,
    Itu pun breakfast dah control, kalau tidak...mee goreng mamak, murtabak, neskafe...now kena slow-slow..

    ReplyDelete
  6. Salam Temuk,
    Ada lagi sudut-sudut canggih dan menarik di BM. Cik Noki tidur, jadi spare kalau Cik Si Es El buat ragam. Issh...tak canggih..orang lain punya lagi canggih.

    ReplyDelete
  7. Salam kak nora
    wah seronok briskwalk berkumpulan gitu...nampak betul cuaca segar diwaktu pagi :)

    ReplyDelete
  8. Salam kak nora,

    Tokma jengah jap umah kak nora nih nyalang2 singgah bekfes umah kakpah.

    Salam perkenalan dr tokma org melaka gak tapi duk KL. Selalu balik ziarah pusara arwah abah.

    Singgah2lah umah tokma. Salam.

    ReplyDelete
  9. Salam Puan Isah,
    Kalau dah berkumpulan banyak pula cerita.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.