Cantik sungguh PJ


Salam hujung minggu!
PJ? Petaling Jaya ke? Bukan. Saya sempat bersiar-siar satu pagi di Putrajaya dalam perjalanan pulang dari KL ke Melaka. Sudah beberapa kali saya ke Putrajaya dan saya tak jemu melihat keindahan bangunan-bangunan yang ada. Saya amat teruja melihat bangunan-bangunan yang cantik tersergam dengan megah. Tertawan dengan senibinanya. Mudah-mudahan bangunan-bangunan, kemudahan serta lanskap dan kebersihan yang ada terus dijaga dengan baik oleh mereka yang berkenaan, termasuk 'rakyat jelata'nya. (Semasa ronda-ronda, nampak, ada kawasan-kawasan terabai, rumput panjang tidak dipotong, semak, sayang sekali!) Antara yang sempat saya 'tangkap'......














Putrajaya Wilayah Persekutuan,
Pusat pentadbiran menjadi tumpuan.
Alangkah cantik indahnya bangunan,
Begitu juga kawasan persekitaran,
Sememangnya menjadi kebanggaan.

Selamat berhujung minggu!

8 comments:

  1. salam kak hajah nora,
    saya mengambil masa lama juga nak pandai jalan2 di putra jaya ni... dulu selalu sesat barat... sekarang, masih belajar tp alhamdulillah tak sesat dah.... memang saya pun puji, cantik....

    ReplyDelete
  2. Salam hajah,
    Aman dan damai juga, betul tak?

    ReplyDelete
  3. saya ingat saya sorang jer berperasaan begitu..saya amat suka sekali meninjau PJ...rasa macam kat dunia lain saja bila melawat PJ ni...cantik dia melekat di hati...Saya rasa kita patut banyak berterima kasih kat mantan perdana menteri yang ke 4 tu....

    ReplyDelete
  4. Za,
    Ramai yang puji keindahan PJ. Ye, setinggi-tinggi TK kepada beliau. Sekarang ni nak 'maintain' aje.

    ReplyDelete
  5. memang banyak spot menarik yang boleh dijadikan latar belakang sesi fotografi. Dari bangi dekat je tapi belum dapat nak bergambar kat situ huhu...

    ReplyDelete
  6. Salam hajah,
    Ada perancangan juga nak ronda-ronda BBB selepas putar-putar PJ tapi tak jadi.

    ReplyDelete
  7. Hjh Nora
    Patutlah di BBB tak jadi hujan. Rupa2nya sbb hjh tk jadi ronda2 kat situ. Saya tahu bnyak jalan2 di BBB. Kot nak ke mana2 kat situ saya boleh beri pnduan.
    Kita trhutang budi pd Tun M. Bukan saja pasal PtJ, tp juga KLIA, KLCC, Proton, Trek lumba kreta Spang, dll. Dia memang bervisi. Salam bhagia.

    ReplyDelete
  8. Salam Temuk,
    InsyaAllah, hujan akan turun di BBB tapi tunggu dulu awan berat, sekarang kan cuaca panas!TK kerana sudi jadi pemandu arah. TQVM Tun M.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.