Selasa, 27 Mei 2014
Ini cerita hari ketiga kami di Kemboja, perjalanan dari Phnom Penh (PP) ke Siem Reap (SR).
Setelah sarapan di Restoren 'Wau' di hotel, kami check out untuk ke SR.
Kami meninggalkan PP jam 6.30 pagi waktu di Kemboja.Waktu itu jalanraya sibuk, waktu orang ke tempat kerja, ke pasar, ke sekolah. Macam-macam jenis kenderaan saya lihat. Kenderaan dipandu 'berani mati' tapi tak ade accident pun!
Razali, pemandu pelancong, memberi kami peluang merasa roti tempatan. Bas berhenti seketika di sebuah kedai roti Islam di sebuah perkampung Islam.
Perjalanan seterusnya ke SR melalui jalan tanah merah berlopak-lopak sepanjang jalan.
 |
| Ada masjid |
Memang sangat mencabar dan memenatkan . Sepanjang perjalanan boleh dilihat muka bumi Kemboja tidak ada bukit. Hanya tanah rata. Kebanyakan penduduknya nmerupakan petani. Perkampungannya kecil. Di kiri kanan jalan kelihatan rumah penduduk di sini yang rata-rata tinggi dan berdinding kayu.
 |
| Musim panas, sawah padi gersang |
 |
| Jalan tanah merah |
 |
| Rumah baru tiang seribu |
 |
| Rumah kayu tinggi. tiang kurus slim |
Ada masa kami melalui jalan agak baik keadaannya tetapi tidak jauh mana sudah tanah merah, .
Saya tercari-cari bangunan sekolah.
 |
| Sebuah sekolah menengah . |
 |
| Sekolah bersurai. |
Masa lalu depan sebuah sekolah kelihatan bangunan lama, bertanah merah. Budak-budak sekolah macam selesa sangat-sangat..... berselipar, pakaian seragam tidak kemas. Tetapi semangat ke sekolah ada!
Antara aktiviti penduduk di sini
Dalam perjalanan, bas berhenti 2 kali supaya kami dapat rihat untuk qada hajat dan 'meluruskan pinggang'
 |
| Pertama. Di sini, ke tandas dengan bataran Riel. |
 |
| Sempat minum air tebu di hentian ke dua |
 |
| Hentian ke dua.....tepi tasik Tonle Sap |
Kami juga berhenti di sebuah gerai yang menjual 'lemang'
Setelah 7 jam dalam perjalanan. kami sampai ke hotel penginapan kami di Siem Reap.
Penat tetapi puas dan gembira.
 |
| MyHibiscus |
Cukuplah sampai di sini. Sebenarnya ada 3 pilihan jalan ke Siem Reap dari Phonm Penh. Satu, jalan darat. Kedua, jalan sungai, Sg Mekong Tonle Sap. Ketiga, udara, ada kapal terbang. Bagi mereka yang belum merasa perjalanan darat di Kemboja, eloklah ikut jalan darat. Banyak baiknyanya. Kita dapat lihat bukan sahaja keadaan hidup masyarakat Kemboja sepanjang perjalanan, tetapi juga perkampungan mereka, muka bumi yang rata tiada bukit dan aktiviti seharian mereka. Memang sangat susah dan daif kehidupan mereka. Mereka baru hendak bangkit dan memulakan penghidupan baru setelah tinggal dalan pemerintahan kekejaman sediit masa dahulu. Keadaan hidup mereka dan persekitaran agaknya sama macam tahun 50'an di negara kita atau lebih awal lagi. Memanglah penat rasanya dengan perjalanan bas di jalan yang tidak rata tetapi hati saya puas. Buat kita muhasabah diri.
Kredit gambar kepada blogger PuteriHangLiPoh dan FB KSD Travels Melaka
Terima kasih kerana sudi membaca pengalaman 7 jam perjalanan Phnom Penh ke Siem Reap.
Ada cerita lagi mengenai perjalanan ini di blog ' Ceritalah Nek Ngah'.