TUKTUK SANA SINI

'Abang Tuktuk, abang Tuktuk keliling kota,
Cari muatan untuk mencari makan'

Tapi kakinya tak putar, tak mengayuh
Cuma tekan minyak motosikal.
dan berlalulah abang Tuktuk dengan  kereta (carriage)
yang disangkut pada motosikalnya.
(terfikir....kalau terlepas, apa macam ah??)

Semasa di Phonm Penh dan Siem Reap,
saya dan kakak 'excited' bila nampak Tuktuk.
Klik, Klik, Klik....di tempat kita ada beca,
Tak de TukTuk

Kredit gambar dari blog Ceritalah Nek Ngah
Mesti nak pose!
Sangat ingin nak naik Tuktuk keliling kota Phonm Penh,  tapi, tak berani
 ambil gambar still picture ajelah

Gambar diambil oleh Abang TukTuk di parkir sebuah restoren

Akhirnya, dapat juga kami rasa naik Tuktuk.
di Seam Reap setelah meninjau Angkor Wat
balik ke hotel
Jauh juga perjalanan, puas hati


.Ada juga Tuktuk diubahsuai jadi macam bas
boleh bawa ramai penumpang
Ketawa saya melihatnya

Ini di luar bandar
Ada juga Tuktuk bawa barang muatan
Tak kena saman pun

Hanya di Kemboja





5 comments:

  1. Kak hjh nora
    Jika tuktuk berdua tu saya berani juga
    Tp
    Bila dah jd bas....
    Mahap..
    Takut berat sgt bila penumpang penuh.. Lg bahaya dari bas mini tahun 70an dulu...
    Atleast bas mini ada dinding dan dreber yg ini... Kalau tak sarat dan berat dgn penumpang... Harus tanggal penyambungnya...
    So tinggal tuktuk tanpa drebar....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak berani nail 'tuktuk' yang macam bas mini itu. Berangin dan berhabuk!

      Delete
  2. takut jugak kalu telepas dari penyangkutnya tu kan kak...huhu.... Alhamdulillah akak selamat msa naik TutTut tu..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pegang juat-kuat 'penyangkut' takut tercicir. hahaha

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.