Balik-balik cerita kolam koi, lumut....kolam koi, lumut.....tak ade crita lain ke makcik?
Well, siapa suruh buat kolam ikan, kan dah banyak kerja...tapi saya suka!!!
Ni, petang tadi MrJY telah menggunakan 'out-of-the-box' dia lah. Macam mana nak ubahsuai 'dustpan; menjadi pengaup lumut yang banyak terdapat di dasar kolam(dasar???) maksud saya lantai atau base. Dah macam karpet hijau kehitam-hitaman lumut tu.
Maka, setelah berfikir panjang, ukur sana sini 'dustpan'
gergaji buat lubang, lekatkan net, skrew...
.....dan jeng, jeng, jeng
terdapat lah
Nanti, sekali sekala, kaup aje lumut itu macam ini. Kan nampak bersih??
Alat ini tak terdapat di kedai tau! Sendiri mau fikir!
Iddin : Otak Tok Lang bergeliga!!
Memang kreatif,,,tak terfikir dek saya.
Ada satu lagi inovasi
Alat ini memudahkan kerja saya....
Lain kali ajelah ye?
Ops Lumut
Lah...siapa pula rajin sangat bantu membasuh kolam ikan koi di laman rumah BC? Tak sempat tunggu petang, tengahari buta pun sanggup turun padang eh, turun kolam. Mujur ada topi apek sebagai pelindung.. Ini baru panjat bangku batu. Kemudian panjat pula ke atas tembok, baik-baik jangan tergelincir. Dengan berus sabut, dia memberus kolam takungan air terjun. kaut lumut, mengalir ke dalam 'net'. Kaut pula lumut 'hitam' yang menebal di dasar kolam. Lepas tu, dia cuci pula takungan sistem penapisan aliran air. Sudah tentu tuan punya kolam turut membantu.Saya berendam sambil tercari-cari mana 'filter' perangkap lumut san sampah yang ada di dasar kolam. Banyak lumut terperangkap. Banyak lumut terapung-apung. Air dah tak jernih, maka itulah tercari-cari, Koi-koi menyorok.Takut agaknya!! Saya tak tahu tentang cuci mencuci ni. Yang saya tahu, bila nampak aras air dah melebehi had biasa, dah sampai masanya filter mesti dibersihkan. . Tentu lumut dah tersangkut. .... Saya cuma cubit-cubit bersih lumut pada tembok air terjun.
Jangan risau, kata hero saya. Nanti air kotor tu masuk ke dalam tapisan ini dan air bersih akan masuk ke dalam kolam semula. Ada kitaran air. Tunggu sampai tengah malam nanti, air akan jernih semula. Ini yang lecehnya dengan kolam ikan, mesti selalu dibersihkan . Macam mana ye, orang yang ada kolam renang? Oh mereka upah aje, takkan nak cuci sendiri.
Kata saya, kan elok kita upah aje orang cuci kolam ini?
Jawab dia, tapi kita mesti tau juga caranya. Boleh buat sendiri.
Tapi, kolam ini akan berlumut semula. Tengoklah dalan masa seminggu.
Anyway, cara kita tak sama dengan cara 'tukang cuci kolam berbayar'. namum kolam kembali bersih dengan air yang jernih.
Bagaimana kalau saya buat pergola di atas kolam ini.
Kolam akan terlindung daripada cahaya matahari.
Sekurangnya lumut tidak menebal. Sikit lumut okey, nampak natural.
Air pun tak panas.
Saya juga tak akan menjadi pencuci lumut! Sejuk ma, berendam....
Setelah di bersihkan...ceria..
Waktu malam
Koi dengan lumut.
Riang gembira
Ahad yang lalu
Ada perjumpaan 'morning coffee' ahli-ahli perkumpulan perempuan bukit baru.
Amboi...makcik-makcik yang hadir bukan main lagi seronok menari dan menyanyi.
Orang Melaka kan...suka lah menari. Bukan apa, menghiburkan hati, berjumpa kawan-kawan, makan-makan, berebut-rebut.
Pagi Selasa. Pagi tadi. Breakfast.
Lagi perjumpaan. Kumpulan taichi atau senaman pagi pula.
Makan-makan, menari-nari lagi di rumah salah seorang ahli, Kak Saoyah (saya panggil kak Sokyah)
Kak Sokyah sediakan minuman dan kuih raya (banyak lagi!)
Ketawa-ketawa, bertukar cerita. Bergambar (Oh dia orang suka benar ambil gambar!!!)
Main menu Mee Rebus (Mee Kari).
Kata pengerusi. Perjumpaan 'gather-gather riang ria' berikutnya di rumah Rahmah. Isnin akan datang.
Lepas taichi, kita breakfast di rumah Rahmah pulak.(Rahmah dah fikir panjang, risau juga, apa nak disediakan!)
Ha.. Rahmah...awak sediakan nasi lemak. Yang lain datang bawa tambahan seperti kuih.
Berkali-kali Rahmah pesan saya, jangan balik Kuantan dulu,' tunggu lepas rumah saya , boleh balik'.
Kalau ada rezeki.....
Ini pula Idah. Alhamdulillah, Idah akan menjadi tetamu Allah ke tanah suci musim haji ini. Idah sahabat sepermainan semasa kanak-kanak dulu. Sebelum makan-makan, kakak telah mengetuai bacaan doa selamat semoga Idah selamat menunaikan haji, selamat pergi dan kembali.
Pengerusi buat pengumuman lagi. Ini ala tangkap muat!
Lepas rumah Rahmah hari isnin, perjumpaan berikutnya kita ke rumah Norlia pula.
Norlia, siap sedialah awak, ye...
Wah, kalau begini...kalau dalam seminggu, ada dua rumah...sampai hari raya haji lah perjumpaan riang gembira warga emas ini. Elok juga ada get together macam ni, mengeratkan lagi persahabatan dan silaturrahim.
Kalau nak badan sihat, hati mesti riang, beb.
Tapi makan mesti jaga juga tau.

| .Sukanya dia..dari kiri: Yang benar, Rahmah (hos berikutnya), Kak Sokyah, Zainun |
Ketawa-ketawa, bertukar cerita. Bergambar (Oh dia orang suka benar ambil gambar!!!)
Main menu Mee Rebus (Mee Kari).
![]() |
| Dikir Barat, relaks.....Pengerusi (duduk di sofa dua dari kiri) senyum tengok anak buah gembira! |
Kata pengerusi. Perjumpaan 'gather-gather riang ria' berikutnya di rumah Rahmah. Isnin akan datang.
Lepas taichi, kita breakfast di rumah Rahmah pulak.(Rahmah dah fikir panjang, risau juga, apa nak disediakan!)
Ha.. Rahmah...awak sediakan nasi lemak. Yang lain datang bawa tambahan seperti kuih.
Berkali-kali Rahmah pesan saya, jangan balik Kuantan dulu,' tunggu lepas rumah saya , boleh balik'.
Kalau ada rezeki.....
Ini pula Idah. Alhamdulillah, Idah akan menjadi tetamu Allah ke tanah suci musim haji ini. Idah sahabat sepermainan semasa kanak-kanak dulu. Sebelum makan-makan, kakak telah mengetuai bacaan doa selamat semoga Idah selamat menunaikan haji, selamat pergi dan kembali.
![]() |
| Rupanya Idah ada suara emas...sempat dibuli oleh pengerusi menyumbang sebuah lagu "Pujaan ku dosa kah aku...." nyanyian S Effendi. lagu lama... |
Pengerusi buat pengumuman lagi. Ini ala tangkap muat!
Lepas rumah Rahmah hari isnin, perjumpaan berikutnya kita ke rumah Norlia pula.
Norlia, siap sedialah awak, ye...
![]() |
| Kalau rasa gembira, tunjukkan tangan....kata Norlia |
Wah, kalau begini...kalau dalam seminggu, ada dua rumah...sampai hari raya haji lah perjumpaan riang gembira warga emas ini. Elok juga ada get together macam ni, mengeratkan lagi persahabatan dan silaturrahim.
Kalau nak badan sihat, hati mesti riang, beb.
Tapi makan mesti jaga juga tau.
Katak Koi!
Sudah menjadi rutin sekarang.
Memberi makan ikan koi yang masih kecil. Ikan-ikan ni tau pula 'puan'nya datang. Dengar aje tapak kaki berkerumun mereka di satu sudut kolam. Terjulur-julur muncung masing-masing nak tangkap pelet-pelet makanan mereka. Saya campak pelet sikit aje. Terhibur hati saya melihat koi berlumba-lumba berebut-rebut pelet tadi. Sambil menunggu 'time' makan lagi, saya perhatikan koi akan makan lumut yang melekat di tepi kolam. Bilalah nak besar koi saya?
'Oh hujan oh hujan, mengapa kau turun?
Macam mana aku tak turun, kodok panggil aku'
Ah tentu anda tau kan lagu ini?
Memang benar, sering terdengar bunyi koir serak-serak bising, mengganggu ketenteraman sekeliling.Bising'Krukkkk.krukkkk...krukkkk!!!!
Tanda hari nak hujan. Ini berlaku di laman rumah BC. Bingit bunyi koir ni. Kadang-kadang selepas hujan, terdapat beberapa katak tersangkut dalam kolam ikan koi. Maka tanggunjawab siapa nak tangkap 'PATI' kolam koi? Akak jugak......Buang sifat geli dan takut. Dah terpaksa. Kadang-kadang saya cari berudu, tangkap dan campak jauh-jauh dalam longkang. Kalau tidak bertambah populasi katak, lebih dari koi. Kenalah rajin banyak ye?
PS. Gambar-gambar peminat ikan koi tu, kakak yang 'tangkap'. Boleh ek angah? Terima kasih.
Memberi makan ikan koi yang masih kecil. Ikan-ikan ni tau pula 'puan'nya datang. Dengar aje tapak kaki berkerumun mereka di satu sudut kolam. Terjulur-julur muncung masing-masing nak tangkap pelet-pelet makanan mereka. Saya campak pelet sikit aje. Terhibur hati saya melihat koi berlumba-lumba berebut-rebut pelet tadi. Sambil menunggu 'time' makan lagi, saya perhatikan koi akan makan lumut yang melekat di tepi kolam. Bilalah nak besar koi saya?
![]() |
| Jom makan, koi....Koi suka main-main di bawah pancuran, rekaan JY |
'Oh hujan oh hujan, mengapa kau turun?
Macam mana aku tak turun, kodok panggil aku'
Ah tentu anda tau kan lagu ini?
Memang benar, sering terdengar bunyi koir serak-serak bising, mengganggu ketenteraman sekeliling.Bising'Krukkkk.krukkkk...krukkkk!!!!
Tanda hari nak hujan. Ini berlaku di laman rumah BC. Bingit bunyi koir ni. Kadang-kadang selepas hujan, terdapat beberapa katak tersangkut dalam kolam ikan koi. Maka tanggunjawab siapa nak tangkap 'PATI' kolam koi? Akak jugak......Buang sifat geli dan takut. Dah terpaksa. Kadang-kadang saya cari berudu, tangkap dan campak jauh-jauh dalam longkang. Kalau tidak bertambah populasi katak, lebih dari koi. Kenalah rajin banyak ye?
![]() |
| Katak oh katak ..... mari sini...oh sembunyi ye?. |
Subscribe to:
Posts (Atom)