DARI mstar online: SEMOGA SELAMAT

Penerbangan MH370 KL - Beijing Hilang, Putus Hubungan Radar Di Ruang Udara Vietnam


    Pesawat MAS B777 -200
    SEPANG: Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) mengesahkan bahawa penerbangan MH370 telah terputus hubungan dengan Menara Kawalan Trafik Udara di Subang pada pukul 2.40 pagi, Sabtu.
    Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MAS, Penerbangan MH370, yang dikendalikan pesawat B777 -200 berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi pada 8 Mac 2014.
    MH370 dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.
    Penerbangan itu membawa seramai 227 penumpang (termasuk 2 bayi) dan 12 anak kapal.
    Penumpang-penumpang dalam pesawat tersebut terdiri daripada 13 warganegara berbeza.
    Sementara itu, 'Reuters' melaporkan bahawa pesawat terputus hubungan radar di ruang udara yang dikawal oleh Vietnam, memetik laporan awal pagi agensi berita China, Xinhua.
    Pesawat itu dilaporkan tidak memasuki ruang udara yang dikawal oleh China dan tidak berhubung dengan pusat kawalannya.
    MAS berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat untuk mencari pesawat.
    Syarikat penerbangan itu akan menyediakan kemas kini perkembangan keadaan dari masa ke semasa.
    Sementara itu, orang ramai boleh menghubungi +603 7884 1234 untuk maklumat lanjut.

    TEBANG N TRIM

    Rabu, 5 Mac.2012, hari tebang n trim pokok-pokok di laman BC.
    Pokok buluh dan 'doa' telah lebih dua tahun umur mereka.  Buluh tumbuh tinggi mengawan. 'Doa' begitu rimbun daunnya.  Seperti juga kalau rambut atau janggut atau misai , tak dijaga,  tak kemas, kita rasa rimas dan tak selesa. Nak  trim jadi kemas..  Begitu juga dengan pokok-pokok yang ada.
    Beginilah pokok-pokok buluh dan 'doa' setelah di trim. Ada juga beberapa batang buluh ditebang. Nampak kemas sekarang. Sedap mata memandang, fikiran pun tenang. 
    Oh no....bukan saya yang buat kerja tebang menebang ni.......


    Pokok buluh ini daynnya lebat, Jadi bolehlah trim bentuk 4 segi


    Pokok 'doa' setelah ditrim. Kemas

    Pokok semambu diluar rumah. Nampak 'togel' setelah daun-daun di ambil oleh
    sekumpulan orang luar untuk perubatan
    Setelah ditrim, baja ditabur di pangkal pokok untuk melebatkan daun semula.
    Tunggu dua tahun lagi untuk pokok peninggi dan merimbun semula,

    KUAKER OT, BOLEH TAHAN KE?

    Maaflah gambar tunggang langgang.
    Hari ini, saya  mula makan kuaker ot (a.k.a. quaker oat)
    Selalu makan biskut ot. kuih hari raya....
    Ini bubur ot, boleh ke?
    Nak rasa-rasa dulu, boleh tak anak tekak saya ni terima menu terbaru di pagi hari.
    Jadi buatlah testing.
    Ambil mangkuk bubur yang kecil.
    Ambil dua sudu makan oat.
    Tambah sedikit air suam.
    Tambah sesudu madu
    Gaul rata.
    Bismillah......suap sesudu.
    oooppppssss.....okey, boleh terima.
    Habislah semangkuk kecil oat pagi tadi.
    Ulang proses sama sebelah petang.

    Apapasal tiba-tiba ambik ot, ek?
    Hari Isnin baru ni, saya buat ujian saringan kesihatan.
    Sudah lama nak buat ujian ini tetapi bertangguh.
    Keseluruhan...result baik,  kecuali kolesterol. 
    Ada sedikit tinggi...
    Tahap kol melebehi sikit sempadan.
    Jadi dinasihatkan saya ambil ot. Kalau rajin mengambilnya,
     InsyaAllah boleh membantu mengurangkan paras kol.
    Bolehkah saya bertahan ni?

    oh nestum belum cuba lagi.