KOREA: SNOWING IN SPRING

ANYEONGHASEYO!
Alhamdulillah...
Bersiaran dari Korea...dapat rasa sekali lagi snow....


MARI KITA MENYAPU

Salam sejahtera!
Menyapu laman adalah salah satu rutin. Selalunya bila saya nampak 'banyaknya daun kering' tak sedap mata memandang, well, masa untuk menyapu. Itu pun tengok keadaan cuaca. 
Ada beberapa peralatan  'penyapu' saya gunakan untuk menyapu daun-daun kering di laman. Adakala saya guna pencakar (rake), ada kala penyapu 'berus', dan selalunya 'rake'. Sebelum ini, saya guna penyapu lidi tanpa batang. maka terbongkok-bongkoklah. Saya gunakan penyapu ini sampai hampir hilang lidi tercicir ataupun patah. Sampai habis riwayatnya.. Lepas tu gunakan penyapu lidi yang berbatang pula. Nak sedap menyapu,kembangkan lidinya diikatan. Ikat kuat atau guna 'ring'. Ketatkam.  Satu pagi , bila saya guna penyapu ini, ikatannya  asyik longgar. Saya 'screw screw' cincin supaya ketat (maaf bahasa) dia longgar. Lidi berbatang-batang tercicir, Tak boleh jadi.
Ah ada idea. Ada pelepah kering pokok  pinang. Apakata kita gunakannya sebagai penyapu, Nah  kau! Kaup semua semua, 
Pelepah kering dan daun mambu kering


Bersih juga laman ku.....nampak tak penyapu berus tersandar di tiang.

Ok lah. Berguna juga pelepah kering ini sebagai penyapu alternatif.Tetapi sumbangan dia sementara sahaja. Lepas ni buang bersama daun-daun kering yang lain. 

Moh! Bersihkan laman anda!
 Laman bersih, minda tenang.

JOM BELAJAR BAHASA AL QURAN

"Pening-pening, Now in kelas. Mubtadak n Khabar" saya SMS kepada seorang BFF di Kuantan.
"Amekau.Never mind, kita berjihad fi sabilillah, semoga dipermudahkan' balasan SMS.

Ini dia kelasnya. Setiap hari Ahad. 1 1/2 jam seminggu.

Sabar, Ustazah (dalam kelas kena panggil Ustazah!)

Ini Ustazahnya. Kenalkan?  Ustazah Kak N mengajar dengan penuh kesabaran.  Ustazah buat kami tak takut hadir kelas, juga tak takut dengan Bahasa Arab, khasnya Bahasa Al Quran. Kalau beliau nampak kami macam-macam dah konpius, tak boleh nak tangkap apa yang dia terangkan, kelas henti seketika...take five..buat exercise. Kata Ustazah "Mesti hafal ism gantinama. harf jar, mesti tahu mana Isim Nakirah, Isim Ma'Rifah.......dsbnya". Ini belum masuk Fi'il.  Macam mana ustazah, hafal, hafal tak ingat! Sabar aje lah...
Semoga Allah memberi ganjaran pahala yang besar di atas usaha dan kesabaran beliau mengajar kami. Ameen...Yang bestnya tak ada ujian atau peperiksaan tetapi mesti pulun juga!
Penuh semangat
Ini pula pelajar-pelajarnya. Pelajar-pelajar yang ingin tahu 'kata-kata Allah' dalam Al Quran. Bahasa Arab adalah bahasa Al Quran. Mereka ingin tahu apa maksud ayat-ayat dalam Al Quran yang menjadi rujukan umat Islam.  Kelas ini baru bermula, baru sebulan. Baru belajar asas nahu dan membina ayat mudah.  Dah pening (sayalah!). Banyak yang hendak dihafal. Maklumlah dah usia emas ini...Masih bertatih, masa ingat-ingat lupa. Allah memberi saya keinginan untuk menghadiri kelas ini. Harap-harap saya bertahan. Semoga Allah terus mempermudahkan kami mengikuti kelas ini. Ameen....

Hjh Ramlah, pesara sekarang guru Al Quran

Yang duduk itu ialah salah seorang tuan rumah. Cikgu (Ustazah) Hjh Ramlah. Ketua kelas.  Beliaulah yang merayu  Ustazah Kak N mengajar, buat kelas di rumah dia. Beliau dah 'advance' dalam BA tapi masih juga 'teraba-raba' (agaknya). 'Kak N mengajar kami faham!' Lalu dia pelawalah 'saudara mara' dia bersama belajar Bahasa Al Quran bersama Ustazah Kak N...Alhamdulillah....



Hah ini dia. Setiap kali habis kelas ada jamuan ringan disediakan oleh tuan rumah yang baik budi. Macam-macam kuih ada, air tangan Hjh Kamariah, sepupu Hjh Ramlah. Semoga Allah memberi pahala jua kepada tuan rumah berdua. Juga kepada bibik yang siapkan minuman dan hidangan. .Ameen.

Begitulah adanya.....jom belajar bahasa Al Quran!
Fi Sabilillah!

OH MY ARABIC!!!