Biskut apa ye?

Salam bahagia.

Dah lama betul tak makan biskut ini.
Pagi tadi terjumpa di Aqrab,
keluaran anak tempatan.
Apa namanya, ye?

Biskut tongkat?
Rupanya macam tongkat.
atau
Biskut lutut?
Bentuk lutut manusia.
atau
Biskut tongkol?
Kepalanya ada tongkol
atau
Biskut kampung?
Kegemaran orang kampung.
atau
Biskut keras?
Dia sangat keras
atau
Biskut kering?
Sebab, dia kering!

Apa-apa sekali pun namanya,
biskut ini merupakan roti yang dibakar kering,
keras dan rangup.

Mmmmmppppppp
sedap bila dicelup dalam air kopi panas,
luarnya masih terasa 'crumbly',
tetapi, dalamnya, lembut.

Tak kisahlah...
air kopi susu panas pun boleh.
Nak pula hari itu hujan, waktu petang,
perut lapar,
biskut tongkat menjadi pukulan.



Biskut zaman dahulu

Kalio Ayam

Salam hujung minggu.
Pagi tadi teringin nak makan kalio.
Kalio ialah masakan gulai (semi rendang) kesukaan kami.
Lihat imej rupa kalio.
Maaf, ye, selekeh sikit, baru dipindahkan dari kuali.
Masih hangat!!


Moh, saya kongsi resepi dengan anda.
Saya cuba ingat kembali apa saya buat tadi
(maklumlah, masak once in a blue moon!)
:
:
:
Seekor ayam (atau 1 kg daging)
Santan (dari 1 biji kelapa, lagi sedap)
(saya guna 1 kotak santan MS, tanpa kolesterol, kononnya)
150 gm cili giling (lebihkan kalau suka pedas)
(nak pedas lagi? Cili padi jawabnya)

Kisar,
8 butir bawang merah
4 butir bawang putih
3cm halia
3cm lengkuas (saya ketuk aje)
1 cm kunyit hidup

Sediakan,
1 helai daun kunyit
1 helai daun salam (saya beli 50 sen, banyaknya!)
5 helai daun limau purut (tanaman sendiri)
1 batang serai (diketuk)

Cara,
Tumis bahan kisar hingga harum baunya
Masukkan cili
Gaul rata supaya tak berkerak.
Bila garing dan keluar minyak,
Masukkan pula segala daun, serai
Kacau dan kacau.
Masukkan ayam/daging
Gaul rata, kacau lagi supaya sebati ramuan dengan bahan utama.
Masukkan santan..... kacau
Kalau suka masukkan ubi kentang
(sebiji dibelah enam supaya mudah empuk,ye)
Saya masukkan 2 biji
(tapi kalau dapat 'baby potato, lagi best)
Masak hingga keluar belon meletup-letup menari-nari,
(awas letupan percik kat tangan)
hingga kentang empuk, santan agak pekat, bahan utama masak.
Jangan sampai gulai kering (nanti jadi rendang pula!!)
Jangan lupa rasa masin dan manisnya (sedikit garam dan gula)
:
:
:
Kalio ayam/daging enak dimakan bersama nasi atau roti.
tetapi....
kalau ada keropok malinjau (yang keras pahit tu),
ada pergedil,
ada sambal hijau atau sambal belacan,
sedapnya, laju nanti makan tengahari.
:
:
(Terima kasih, mak, wariskan resepi kalio kepada kami!)


Ais Tebak Nyonya Melaka

Salam
Yang berminat ingin bertanya,

Nak rasa Ais Tebak di mana
kalau berada di Melaka?
Moh, saya tambah cerita......


di Melaka Raya


Nampak replika gambar Bibik Nyonya,
"Bibik Kim Neo, nama gua"
(yang gemuk gedempul, berkebaya labuh, bersanggul itulah!)
Ada cerita dessert istimewa.


Semanguk Ais Tebak


Semangkuk cendol





Tebak dan Cendol
Tebak tidak bersantan, cuma air gula biasa
Cendol mesti ada santan dan sira air gula melaka
l

Cendol, anda sudah biasa kan?
Sedap kalau ada pulut atau tapai.

Bagaimana dengan ais tebak?
Kalau yang asli, tebaknya ,
selalunya warna merah dan putih.
(belum saya lihat warna-warna lain)
Mungkin kah asalnya dari negara jiran, seberang,
yang benderanya, merah putih?
Tapi bapa nyonya Melaka suka juga minuman ini.

Orang Melaka panggil 'bubur tebak'
(walaupun tak bersantan)
Jarang dapat di restoren atau di gerai (di Melaka lah)
Satu dalam sejuta (barangkali),
di Kapitan House ada pula.
Kalau ada di rumah kenduri, ia menjadi rebutan
sebab jarang sekali disediakan.

Tebak macam cendol.
Diperbuat daripada tepung beras,
tetapi tebak agak tebal, panjang dan tidak selembut cendol.
Tebak dimakan dengan air gula.
Boleh dimakan begitu sahaja tetapi sedap kalau disejukkan,
lebih-lebih lagi kalau tebak ada campuran laicee dan kacang merah,
penghilang dahaga.

Okey, selamat mencuba!

Apam balik

Salam.
kali ini nak cerita pasal sejenis kuih,
Apam Balik namanya.
:
:
Yang saya tahulah,
kuih apam ini di kalangan kami
namanya
'apam m'kabau' (Apam Minangkabau).
Mengapa ye?
Asalnya, orang dari tanah seberang khasnya dari daerah Minangkabau, Sumatra
telah bawa bersama mereka resepi kuih ini apabila mereka hijrah ke sini.
Saya masih ingat lagi pembuat Apam M'kabau ini
Ye lah, komuniti kami....
Antara nama yang tinggal kenangan
Pak Muncak, Pak Beringin, Pak Sutan Mudo
(Kini arwah , Al-Fatihah)
Saya ingat lagi bagaimana mereka memukul dan memutarkan seikat rotan
ke dalam bancuhan apam yang telah dibancuh dalam baldi besar.
Putar, putar, putar sampai bancuhan menjadi putih, kembang dan ringan.
Semua gunakan tenaga.



Kemudian, acuannya (kuali leper, lebar, bulat) dihangatkan,
disapu minyak majerin, bila panas
di tebarkan sesenduk bahan bancuhan ke dalam kuali,
diratakan, ditabur gula , kacang tumbuk, kismis
Bila dah masak (kekuning-kuningan)
apam tadi dilipat.
Disapu merjerin lagi di permukaan (supaya kelihatan kilat)
Dulu saiz kuih in besar dan agak tebal,
Sekarang, comel-comel dan nipis.
Dulu tak ada apam balik perasa pisang, jagung, strawberi
Sekarang macam-macam ada, yang nipis macam kertas pun ada.
:
:
Di mana selalu mereka menjual?
Di pesta-pesta
(dahulu di Pesta Mandi Safar: di Tanjung Kling, di puncak Bukit Gedung)
di gerai-gerai atau di pasar.


Saya suka kuih ini,
kalau boleh, yang manis dengan taburan gula, kacang tumbuk dan jagung.
Sedap dimakan kalau ia masih panas,
ooooo rasa gula cair dan kacang serta jagung (yang berkrim)
sedaaaapp..... nya.
Kalau salah bacuhannya atau salah ramuannya,
bila sejuk, ia menjadi kejang dan keras
seperti kuih Apam Balik saya beli
di Pasar Sentral Ahad lalu.
Mungkin bukan resepi asli.