Klik, klik, klik

Salam bahagia....




Satu malam di majlis makan malam 'bestday' . Sessi klik klik klik.

3 orang coming up hero PT...dari kiri...Naqib, Iddin, Aqlan
Yang mana handsome?
Abang senyum, Iddin pun senyum...Eh mengapa muka adik begitu?
Mulut muncung? Mata adik tutup?
Silaulah Nek Lang, lampu kamera!
Ok sekali lagi!

Take two!



Abang masih manis dengan senyuman,
Iddin seperti biasa...pandai posing.
Adik! Muncung...mata adik tutup lagi.
Mata adik silau!!
Sekali lagi ..Take three....

Adik nak buka mata besar-besar!





Ha, baru jadi...tak tutup mata! Happy nampak!
Abang maintain tersenyum.
Iddin... apa jadi?




Nek Lang ambil gambar adik dengan kawan adik!
Macam serupa aje!
Nek Lang: Kawan adik dah disumpah jadi batu sebab lain diminta lain yang dimasak!

Gelagat budak-budak ini buat kita gembira dan ada masanya gerrrraaammm......

Suap menyuap...

Salam bahagia...

Suap menyuap bawa bahagia....betul tak? Lihat imej-imej ini semasa kami ada gather together birthday dinner menyambut harijadi ke 14 No 1 dan birthday Mak Chu ( ke berapa ?) Happy birthday to you, my dear. Dah besar tinggi awak, overide everybuddy at home. Selamat hari Lahir Mak Chu, semoga bahagia selalu, Mak Chu pun bertambah sweet...


The Cake, dengan jari jemari Mak Chu




The birthday gals




Eh siapa punya birthday ah? Merpati dua sejoli...






Adik pun nak suap ummi! Anak merpati nak suap ibunya. So sweet!




Ah, open your mouth big..dah puas mummy suap kau, nak suap lagi. Gently lah mummy!







Pity me...I feed myself lah
Finale.... see the uncleared table? Ada tapau lagi for absentees.
We thank our sponsor (the gentleman sitting in the centre) for the wonderful dinner.

YTT

Cik YTT in my garden
Salam semua....

Bunga YTT, Yesterday, Today, Tomorrow, amat unik namanya. YTT dikenali juga dengan Sunday Monday atau Morning Noon Night. Nama Melayu nya Semalam, Hari ini, dan Esok. Ringkasnya Sehe. YTT..... one of my favourite flowers. Sebab, nama pelik. Warna kelopak berubah ikut usianya, semakin matang semakin cerah warnaya. Mula berkembang, warna ungu tua, masa sedang berkembang pula ungu muda dan apabila matang, ia berwarna putih. Kan pelik tu. Bau pula harum, wangi. Tetapi bila terbaca dalam ruangan Laman Berita Minggu Ahad 9 Ogos 2009....saya baru tahu... dalam cantik dan harum si Cik YTT, ia adalah tumbuhan beracun. 'Jika termakan, ia boleh menyebabkan mangsa mengalami pengeluaran air liur yang berlebihan, sesak nafas, sawan, anak mata menjadi besar serta pucat.' Oleh itu hati-hati ya penggemar Cik YTT (saya suka colour purple nya!), jauhkan pokok ini daripada kanak-kanak dan haiwan peliharaan. Takut nanti jika termakan boleh menyebabkan keracunan.

Colour purple, menawan

Bersama mu

Salam semua...
Nek Lang: Hurray the free holiday will be over. Nest week you'll be in school.
No 3 : Tak,,,,Monday still no school. Tuesday only got school.

Wow...another day with No.3. Minggu yang free school holiday ni, Saya penat melayan dia. Mujur saya ada tenaga untuk lompat-lompat, tangkap bola, main badminton, bola racun, tendang bola...sama aje rutin nya. Bila 'bargain' buat homework, okey one page....done. Sambunglah lagi "Tak, nek Lang kata satu page aje.' 'Okey continue one sentence, then we play. Then stop. Rihat. Continue your homework'. Itu agreement nak finish homework...punya nya susah. Lastly, habis juga kerja rumah. Then, main aje......all day play. Banyak tenaga budak ni. Tapi apa yang bagusnya, apa yang kita suruh (kecuali buat homework), dia buat.
Tadi mainlah permainan ni:
No 3: Mak saya pergi pekan, dia beli satu barang. Awak nak warna apa? (Untuk setiap perkataan tunjuk kepada kawan dan diri sendiri, selang seli. Perkataan akhir tunjuk pada Nek Lang)
Nek Lang : Cokelat (No. 3 kena eja "COKELAT).
No 3 : (Nampak konpius.) Spell 'BROWN' boleh tak?
(Ha,ha, ha..kami ketawa...dia tak tahu spell COKELAT)
Nek Lang : Okey lah!...
No.3 ketawa....

Itulah minggu melayan cucu No.3....Weekend, no 3 tak datang, boleh lah rihat dan pergi tengok-tengok apa happening kat MITC Melaka....Hari Peladang Kebangsaan...jangan lupa pakai mask!

No 3: Hurray, Nek Lang got no friend!