Adalah beberapa pokok herba cik kiah (eh, dah cik kiah ke?)
tanam di laman. Tetapi ada juga yang tak ditanam.
Benih nya disebarkan oleh angin.
Pokok okra hijau yang masih menjadi |
tetapi buahnya jadi hiasan, tunggu kering, jadikan benih |
ulam raja tumbuh merata, ini yang ini tumbuh subur di retakan batu juga daunnya tidak dipetik |
tumbuh di pangkal rimbunan buluh atau di batu-batu kerikil |
daun kunyit melebar. bila nak masak lemak atau rendang atau nak buat ikan bakar barulah berguna.. kalau tidak, membesar begitu saje |
Daun pandan pun banyak juga. Ada gunanya biasanya bila buat agar-agar tapi bukan selalu Daun diguna untuk mencegah lipas dalam kabinet dapur |
pokok limau kasturi berbuah lebat tak berhenti, Buahnya dikisar bersama asam boi, dapat jus asam boi limau |
Dulu saya sangka dia nak 'mati' tapi panjang umurnya pokok limau purut sekian lama berbuah, daunnya sangat berguna. |
Teringin juga nak tanam herba yang lain
seperti cili, serai
tetapi nanti jadi perhiasan laman sahaja
seperti yang ada.
Aduhai.........
Salam,
ReplyDeleteCantik menghijau, besar dan berbuah tanaman, mohon bertanya, guna baja apa?
Mmg suburlaaa tanaman2 kak hajah nora ni
ReplyDeleteDaun kunyitnya...
Geram saya tengok