BINGKA TAK BERAPA MENJADI

'Baking is not my passion'....Saya tak minat buat kek, biskut.
Tetapi 'Sabtuday' semalam teringin sangat nak cuba resepi konon-kononnya Bingka Tepung Gandum. Dah lama saya perapkan resepi ini. Pernah cuba sekali, zaman berzaman dah.Oleh kerana rasa sangat nak cuba,  saya belilah bahan-bahanya untuk buat bingka tepung gandum seperti telur, tepung, gula. Kemudian, saya sediakan peralatan 'baking membaking' kepunyaan 'my sista'. Dah tentu kejap-kejap saya ganggu dia, tanya dia itu ini.Maka  berlakulah proses membuat dan membakar. Bau harum. Rasa macam peserta masterchef pula. Hi hi....Punyalah tinggi harapan, menjadilah bingka ku ini.
Ta..dah....Ok....masak dah...(kata my sista, 'kalau tepi  kek nampak dah 'lekang' dari loyang, tu tanda kek dah masak').  Sukanya. Macam cantik aje....

Tapi bila dipotong, nampak padat . Tidak lembut. . Rasa macam kuih bahulu. Hmmm, tak berapa nak jadi bingka ku Tetapi . rasanya ok, komen juri.

Bila buat 'self evaluation' tahulah saya mana silapnya. lain kali, mesti berhati-hati.
Yelah kita belajar melalui kesilapan, betul tak?
Untuk makluman resepi kuih bingka tepung gandum ini pemberian seorang aunty, Aunty Zainon, tahun 80'an dahulu. Di mana Aunty Non  sekarang ye....Kalau you all nak cuba, ini resepinya.

Bingka Tepung Gandum Aunty Non

Bahan-bahannya
2 gelas santan
1 1/4 gelas tepung gandum
5 biji telur
1 1/2 gelas gula pasir
sedikit esen vanila

Caranya
1. Gaul gula bersama telur (blend) hingga gula hancur
2. Masukkan tepung gandum. Gaul rata.
3. Masukkan santan. Gaul sebati
4. Jangan lupa sedikit garam dan esen vanila
5. Sapu loyang pembakar dengan minyak sayur.
6. Tuang adunan ke dalam loyang, Tabur bijan atas adunan.
7. Bakar selama 40 minit.

Tambahan: Kalau nak hijau, titiskan sedit pewarna hijau atau tambah jus daun pandan
Kalau nak  kuning, titiskan sedikit pewarna kuning.

Bila saya Google, banyak rupanya resepi bingka  mudah ini.




8 comments:

  1. Kak hajah nora
    Jika sayalaaa kan..
    Nak makan pun taklah banyak kalau kuih manis2 ni.. Saya sanggup
    Keluar pi beli.... Umat kat rumah pun tak pemakan kuih manis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuma nak tau 'kepandaian' baking. Setakat lulus je.

      Delete
  2. Salam. Oklah tu, percubaan pertama. Ye ke, ada yang kata kalau mahu bingka yang lembut mesti dimasukkan sedikit air kapur sirih dalam adunan?

    ReplyDelete
  3. Percubaan kedua? Entah bila. Yang saya tau air kapur sirih untuk merangupkan adunan. Yang tak menjadi bingka saya sebab salah teknik dalam proses mengadun bahan. Minat juga Temuk ye.

    ReplyDelete
  4. Salam kak,
    terasa lama saya tak bersapa di sini, sibuk sungguh sebab proses berpindah rumah, selagi belum seatle...
    Nampak sedap, kalau ada 'kerajinan' dlm diri nak juga cuba nanti kat rumah baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat pindah dan duduk rumah baru, cik t. Kuih air tangan tu nampak sedap tetapi tak seperti diharapkan. Cik t boleh cuba.

      Delete
  5. proses memesak ni...try & error...kdg2 kali pertama buat,tak menjadi..adakalanya terus menjadi tp kali seterusnya tak jadi pulak..

    ReplyDelete
  6. Kamsiah,
    Yang penting jangan putus asa. Cuba lagi!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.