KETUPAT PISANG


Saya dan suami bersarapan di Tanjung Api Kuantan. berhampiran jeti kapal nelayan, Di sini ada banyak gerai makan. Kebanyakannya menyediakan makanan masakan Pantai Timur. Kami makan nasi dagang, yang rasa kuahnya agak manis, masakan orang dari Kelantan. Ada juga kuih, akok, pulut panggang, cek mek molek, laksam, keropok lekor. Saya tertarik dengan kuih seperti dalam gambar di kiri. Bila ditanya, mek penjual jawab "Ketupat" (dalam loghat Kelantan)
Ah, ketupat macam ini.?Yang saya tau ketupat nasi daun kelapa.  ketupat daun palas.Ini ketupat berbalut daun pisang? Nak cuba.

Pulang ke rumah saya belah-belah 'ketupat'.
Oh, pulut aje....katalah ketupat pulut. Tetapi saya lihat ada pisang dalam pulut itu. Pisangnya pula nya kecil, halus tak nampak. Saya rasa sepotong. Apa rasanya? Rasa pulut dan pisanglah...hi, hi, hi....Sebenarnya saya bukan gemar sangat pulut. Namun pagi ini, saya dah makan nasi dagang (pulut), pulut panggang yang dalamnya ada sambal ikan  yang tak pedas,.Sekarang nak makan ke ketupat pulut pisang ini?Isy, isy, isy.... berapa banyak pulut dah.....Reserve untuk petang pula lah!

11 comments:

  1. Pulut selalu buat saya ngantuk bila makan...
    Tp saya paling suka pulut panggang yg dijual oleh Arwah Pak Din di Jln Raja Muda ... Tiada tandingan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak juga begitu Kalau makan pulut. Badan rasa lemah dan mengantuk aje. Pulut panggang yang sedap mesti intinya pedas. Baru yummy.

      Delete
  2. Elok juga cuba makan pelbagai kuih tradisisional ni sebenarnya utk mempelbagaikan menu makanan. Klu makan pulut daun palas yg direbus @ goreng suka cecah dgn sambal ikan bilis @ rendang daging @ rendang ayam utk hilangkan rasa hambarnya barulah sedap rasanya.....Pulut pisang rasanya tak berapa suka....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pulut kalau makan begitu saje memang tak sedap, Cecah dengan apa pun, ketupat daun palas, bukan pilihan saya. Orang offer makan juga sikit. Hi Hi...Kalau yang suka pulut, sukalah dia ketupat pulut pisang ini..

      Delete
  3. AsSalam kak,
    Sesekali saya suka juga pulut tapi mesti disatukan dengan lauk yang pedas, kalau manis memang tak jalan juga...hihihi
    Favourite kami sekeluarga, pulut ayam, resepi thai.

    Mak saya pulut memang favourite, mak dah terbiasa sejak kecil.

    ReplyDelete
  4. Salam Cik T
    Saya suka menu Thai, pulut dengan mangga manis. Sedap!

    ReplyDelete
  5. Saya tak pernah nampaklah pulut ada pisang.
    hehe dah kira kalori ke makan pulut tu?
    Suami saya memang sukapulut!

    ReplyDelete
  6. Ju,
    Ketupat berinti pisang ini ialah kuih Melayu Kelantan. Hi Hi makan sepotong je.

    ReplyDelete
  7. Orang temapt Aina panggil pulut dakap sebab bila nak kukus pulut tu akan diikat sepasang. Moden sikit depa panggil pulut asmara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam JunAiba,
      Pulut dakap, pulut asmara.....wah romantiknya. Makan pun kena slow-slow tak, Jun? Hi Hi...terima kasih JunAina sudi singgah dan beri komen.

      Delete
    2. Belah Perlis memang panggil pulut dakap ni, pulut lemak leperkan atas daun pisang lepas tu masuk pisang yang di belah. Gu dua ikat...lepas tu kukus.

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.