SARAPAN DI UTC

Bila saya di Kuantan, saya mesti nak makan Mee Calong, yang original. 'Original', bermaksud, resepi keluarga, resepi turun temurun, resepi rahsia!! Pagi tadi baru saya berkesempatan  merasa Mee Calong special ini di food court UTC Kuantan.  Warung ini diusahakan oleh seorang sahabat bersama suami. Memang terkenal mee calong mereka. Mengapa Beserah? Sebab,  keluarga ini  berasal dari Beserah, Kuantan, yang terkenal dengan tangkapan laut.


Mungkin ada yang tak gemar mee calong(seperti JY saya )serta beberapa orang rakan lain. Mereka tak tahan dengan rasa sup ikan. Mee calong ini macam mee sup tetapi supnya, sup ikan. Selain daripada itu ada ditambah bebola ikan (home made), tahu sumbat daging ikan ( yang di' blend') serta telur mata (separuh masak) jika suka. Kadang-kadang ditambah dengan hirisan keropok lekor basah. Ikan yang menjadi ramuan utama. mee calong. Makan panas-panas  dengan air lada. Masa saya pergi pagi tadi, sahabat saya tidak ada (masih kerja,you). Suami beliau , seorang pesara,  yang  menyediakan. Boleh pilih nak mee atau mee hoon. Oh, sup dan sebagainya sudah dimasak di rumah oleh isteri. Keenakan mee calong ini terletak pada supnya. Kan dah saya kata, rahsia keluarga!
Jadi, kalau ke sini, bolehlah cuba, Mee Calong Beserah di UTC Kuantan.
 Hi hi promosi untuk sahabat, tak mengapa, kan.....

Mee Calong Beserah

14 comments:

  1. menarik ni. X penah lagi rasa mee calong. Bleh la jalan-jalan cari makan kalo sampai ke Kuantan nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mee calong terkenal di Pahang terutama Kuantan sebab dekat dengan laut. Banyak gerai mee calong tetapi yang saya utamakan Mee Calong Beserah, BFF saya punya le. Hi hi....

      Delete
    2. Mmg best..sy dibesarkn ngn mee calong di kuantan sungai karang darat..hanya resepi sebenar je yg sedap...ssh nk jmp ssb yg pakar tlah mninggal..so sy mncari resepi turun temurun...skang ni ssh nk jmp, smue dh lain xsme mcm mse sy mkn...sy nk try yg utc plak hope same...

      Delete
  2. Nampak simple....satu hari nak jugak merasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simple tetap kena dengan cara masaknya, sedap.

      Delete
  3. Cubalah pula mee hoon / mee calong di gerai makanan Tanah Putih Feri tepi Jambatan Sg Kuantan sebelah kiri hala ke Kuantan @ yang di gerai makanan di Beserah. Rasa perbezaan dan persamaannya......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah juga saya rasa calong dekat Feri Tanah Putih, lama dah, Lupa rasanya macam mana. Gerai itu pun tak tentu dah tutup ke buka. Di Beserah pun banyak gerai. Adik kawan saya ada sebuah warung calong tepi jalan di Beserah. Seorang adik lagi buka kedai calong di KTrengganu.

      Delete
  4. Oh saya tak pernah rasa. Teringin juga. Saya tak pernah makan pun sup ikan apa lagi mee calong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Hi...saya pula tak pandai masak mee calong. Sup ikan dia bukan macam suo ikan yang selalu kita masak. Bila ke Kuantan carilah mee calong.

      Delete
  5. Gerai di Tanah Putih Feri yg di depan menghala Gambang tu mmg sentiasa tutup. Gerai mee calong tu terletak di belakang berdepan dgn Sg Kuantan, agak terlindung dek hampir sgt dgn jambatan & buka waktu pagi.je. Seimbas pandang masa menghala ke bandar Kuantan ptg tadi macam masih buka lagi.. Entahlah saya pun lama dah tak singgah makan di situ...Ini sekafar info utk orang dari jauh yg baca blog ni ya.

    ReplyDelete
  6. Dah missed banyak cerita makanan di laman ni. Sungguh menarik mee calong tu, kelihatan simple, neat & tak berat, macam mee kari yang bersantan & berminyak tu. Kira mee suplah tu, ya? Memang nampak menyegarkan. Cuba tanya JY, kalau dipanggil mee colong, apa jadi pada si mee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau di utara dengan laksa penangnya, di pantai timur pula mee calongnya. Simple dish but nice. Bila-bila ke sini, cari mee calong. "Mee colong"? Tunggu..

      Delete
  7. UTC tu nama kedai agaknya. Belum pernah sampai ke food court Kuantan. Nampak enak

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.