JEJAK WARISAN: IPOH, PEKAN LAMA


Ipoh, pekan lama, menjadi bandar persinggahan pertama  kami dalam lawatan Jejak Warisan.Kami bergerak menurut peta yang dibekalkan. Sebenarnya saya tidak pernah singgah ke tempat-tempat ini. Jejak Warisan di Ipoh membolehkan saya mengenali Ipoh lebih dekat lagi. Rombongan Sahabat Muzium Negeri Melaka ini disambut oleh Mr Rajah, pemandu tempatan. Beliau  membawa kami ke tempat-tempat bersejarah  melalui jalan sejarah (trail) seperti dalam peta.
Mr Rajah menerangkan sesuatu kepada Pengerusi Shabat Muzium Melaka

Kami bermula dari Stesen Keretapi Ipoh yang mula dibina pada 1914 dan siap pada 1917. Seringkali bangunan ini dirujuk sebagai Taj Mahal Ipoh.


Di dataran  stesen keretapi ialah Tugu Peringatan Perang dibina  sebagai peringatan para pahlawan yang telah mengorbankan  diri mereka demi mencapai  kedamaian  di Negeri Perak.


Kalau di Melaka ada Pokok Melaka, di Ipoh ada Pokok Ipoh!


Next stop was at Dewan Bandaran dan pejabat Pos Lama. Sambil berjalan kita passed by Mahkamah Tinggi, Kelab Ipoh Diraja dan dari jauh nampak Sekolah St Michael (SMI)
Pemegang tangga masih kuat dab kukuh, dalam Dewan Bandaran

Disebelah SMI  ada Masjid Padang Ipoh. Jalan-jalan , lagi kita lalui Bar dan Restoren FMS. Banyak bangunan lama di trail ini rupanya. Bangunan yang masih megah dan 'peramah' dengan design lama dan unik, yang kini kalau tidak di warisi, akan diganti dengan yang moden. Antaranya Bank Hongkong dan Shanghai, Bangunan Straits Trading (OCBC),  The Chartered bank,  Mercantile Bank. Sambil menikmati keindahan bangunan-bangunana ini, Mr Rajah akan 'mengkisahkan' sejarah nya. Sayang kalau tidak dipelihara!. 


Kami juga ke Tugu Peringatan Birch. Di tugu ini ada menara jam yang didirkan sebagai tugu peringatan kepada J.W.W. Birch Residen British yang pertama di Negeri Perak.

Mr Rajah juga membawa kami menjejaki Lorong Panglima (Second Concubine Lane), lorong yang dibina pada penghujung abad ke 20. Pada masa itu, kebanyakan rumah kedai dilorong ini telah digunakan sebagai tempat penjualabn serta penghisapan candu, tempat perjudian dan rumah pelacuran. Mengikut cerita, banyak rumah kedai di lorong in i bertukar nejadi rumah kediaman kepada gundik towkay-towkay Cina pada awal 1900.  Lorong ini dalam proses bertukar wajah, tetapi bangunan dan lorong tetap sama..


 Laluan jejak warisan kami berakhir di Masjid Negeri untuk solat.


Dalam 'jejak menjejak;, teringin Cendol Ipoh.lalu kami berihat di sini, sebuah kedai di Lawyer's Street.

dan order...yummy lemak dan berkrim......



Jejak juga sahabat lama, Ipoh Mali....
Kakak jumpa BFF dia, rakan sejawat di MPIK
Jejak Warisan di Ipoh memberi kesedaran tentang pentingnya mengenal, memelihara dan mengekalkan warisan. 

Petang itu juga kami meneruskan perjalanan Jejak Warisan ke Pulau Pinang/ Apa pula yang menunggu kami di George Town?

8 comments:

  1. Tinggalan sejarah sebegitu kebanyakannya sudah terabai dan tidak di war2kan jadinya hanya sebilangan kecil sahaja yang mengetahuinya.

    ReplyDelete
  2. Yang lama dilupa jangan, dibuang pun jangan!

    ReplyDelete
  3. Saya yang tinggal tak jauh dari Ipoh pun tak pernah mengambil peluang melalui semua ni. Warisan sejarah kita dah byk yang tak ambil kisah. Elok juga ada pakej macm yang akak ikut ni..

    ReplyDelete
  4. Agaknya mereka peminat sejarah dan senibina suka ke tempat bangunan lama seperti ini. Di luar negara bangunan-bangunan lama dan bersejarah di simpan dan dikekalkan. Mana yang dah lama sangat di baikpulih sebagai kenangan dan warisan.

    ReplyDelete
  5. Nicely written, compact and precise. Interesting.

    ReplyDelete
  6. Program spti ini seharusnya disebarkan kpd generasi muda supaya mereka dpt menghayati warisan tinggalan sejarah negara. Syabas kerana berminat mengkaji sejarah lalu, sisi yg selalunya terabai dek arus pemodenan/pembangunan.

    ReplyDelete
  7. Betul. Dengan mengikuti jejak warisan ini, kita lebih menghargai sejarah silam negara sendiri.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.