DI KEDAI 'KEBUN' PASAR BESAR KUANTAN

Satu pagi,di Pasar Besar Kuantan.
Sementara En Abang mencari bahan-bahan untuk di masak hari ini, saya ke bahagian tengah pasar.
Saya ke kedai 'kebun' dalam pasar. Memang saya suka ke kedai 'kebun' kecil ini bila ke pasar. Pagi ini saya cuma nak lihat  apa ada di kedai ini ( sebab lama tak ke pasar). Sedang saya  memerhati pokok-pokok orkid, nampak pula 'benda' yang pada saya umpama 'rake' atau pencakar tanah. Bentuknya kecil. Mungkin untuk cakar tanah dalam pasu. Baru saya teringat!!!! Semasa lawatan ke Tianjin, China. ada seorang rakan membeli alat ini. Ya, penggaru belakang! Penggaru ini boleh dipanjang pendekkan, boleh simpan dalam tas tangan atau selit pada poket (macam selit pen)boleh di bawa ke mana-mana dengan mudah. Memang saya nak beli alat ini 'senang awak garu belakang, tak payah suruh orang lain.' Terkenang saya arwah kakak sulung saya suka cari satu sudut atau bucu tembuk, dan ke kiri kanan beliau menggerakkan badan untuk melegakan gatal bahagian belakang badan!

Apa lagi yang menarik perhatian saya. Ah! Boot atau kasut kebun. Memang juga dah lama saya inginkan kasut ini.Boleh saya pakai apabila menyapu daun kering pokok buluh di laman rumah BC. Walaupun agak longgar sikit,saya beli juga! Tak sempat nak tunggu minggu depan. Ada saiz kecil, satu saiz kecil aje!


Lepas tu, nampak pula deretan topi-topi  berkebun. Macam-macam corak, Saya sudah ada satu. Saya beli juga sebagai hadiah kepada seseorang yang suka juga berkebun.

Kata nak 'cuci mata' , tengok apa dah jadi? Dari kedai 'kebun' dah beli 3 item . Mujurlah tak tergoda  dengan pokok orkid (walaupun dalam hati belah bagi nak ke tak nak?)

En Abang beli apa? Ini dia......amboi banyaknya. "Goreng kunyit,goreng macam keropok.' Jenuh juga nak bersihkan!!!


Sambil lalu nak keluar pasar, terlihat juga deretan kedai-kedai menjahit. Wah! Pagi lagi dah mula business, sibuk tukang jahit menjahit. Tertanya di fikiran 'Nak tak mereka terima baju (hanya untuk dipendekkan)' musim-musim 'lebat' menyiapkan tempahan baju raya sekarang?
 
1.20 pm: Menu 'lunch' hari ini: Tumis air sayur bayam+cendawan, ikan goreng keropok, gelama jeruk goreng, sambal belacan binjai, ulam petai. Kami suka yang simple. Mudahkan  ?

6 comments:

  1. Salam.
    Sedapnya. kami juga belajar makan simple kalau tak de anak2.Ikan tu suami suka sgt, selar kuning yg kecil2,goreng lepat tu letak di atasnya bawang goreng- ni cara org kelantan mkn! susah juga nak dt kat pasar, selalu dijual selar yg besar2.

    Alat pengaru tu selalu nampak yg kayu je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia yang suka sangat selar kuning. Penatlah menyiangnya. Makan panas-panas setelah digoreng.

      Alat penggaru tu boleh salah pandang macam garpu aje, ye tak. Ada alat ini senang bawa ke mana-mana, tapi bila nak guna kena tengok situasi juga.

      Delete
  2. Wah sedap lauk kak hajaj nora
    Masa ada bibik rajin beli sebab anak2 suka
    Takda bibik ni belum beli lagi ikan selar kuning
    Nak menyiangnya.... Azab juga kecik2 tu
    Tapi dah goreng garing..... Yummy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabau aje le menyiangnya...step by step...mula-mula gunting sisip, ekor, buang kepala. Dah habis semua, buang pula isi dalamnya. Buat sekor, sekor!! Happy cooking hajjah.

      Delete
  3. Biasanya, per ekor, Pak Temuk ambil masa sampai 10 saat untuk gunting kepala + semua ridip/sirip + keluarkan perut ikan jenis yang En. Abang suka tu.... Hihihi, langsung tak menunjuk, tapi ikhlas nak minta tunjuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Temuk,
      Saya rasa lecehnya bila saya bersihkan ikan kecil itu dengan lengkap per ekor. Nak tukar gunting (bila gunting kepala, sirip, ekor) dengan pisau (bila nak keluarkan perut ikan). Lalu saya tumpu pada round pertama gunting (apa yang patut) round kedua, keluarkan isi perut dengn pisau. Mengemas ikan besar lebih mudah! Selamat berhujung minggu!

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.