Ucapan Hari Raya, Hari Lahir

Dah lama saya tak update. Maklumlah tak ada cerita. Tak ada mood pun ye. Tapi singgah-singgah untuk tau perkembangan kawan-kawan, adalah. Itu pun sekali sekala. Ramadhan akan meninggalkan kita tak lama lagi. Esok hari akhir kita berpuasa, malam ni, terawih terakhir buat kita. Sedih pula meninggalkan Ramadhan yang penuh berkat.InsyaAllah, panjang umur kita akan jumpa lagi Ramadhan yang mulia ini.  Oleh itu saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada teman-teman maya saya juga kepada silent readers, kalau ada. Mohom maaf jika ada kata-kata tersinggung atau tersalah faham, masalah komunikasi. Baju Raya? Ada saya sediakan sepasang sebelum bulan puasa lagi. Kuih Raya? Order aje.. Ada juga buat , kakak yang rajinnya. Kad raya? Ada beberapa keping. Nak kembalikan nostalgia kirim kad raya. Ada juga saya hantar kepada kawan-kawan dan saudara mara yang saya tau alamat mereka. Rancangan Raya? Biasalah, solat sunat, kemudian makan-makan 'ketupat rendang' sambil tunggu jiran serta anak-anak datang (nak duit raya!) ada sesi ambil gambar famili, ini acara tahunan tau!.. Penat, rihat . Jalan-jalan jap ke rumahj iran-jiran.  Petang hingga malam tunggu lagi kalau ada orang datang. Malam...tidur, penat. Tak sempat tengok siaran khas raya, TV. Esoknya, raya kedua.... nak mula puasa Enam ke tidak!!! Lepas tu nak balik BP dan Kuantan!

Buat kawan-kawan, terima lah kad ini ye..... Semoga jumpa lagi, Selamat hari Raya,  Have a wonderful time, okey?




Sebelum terlupa, ingin saya ucapkan Selamat Hari Ulang Tahun, Selamat Hari Jadi, Happy Birthday kepada Iman Sorkapli, my cucu saudara. dan Noralina Talib (a.k.a. ummi_soleha), Mak Cu atau emak saudara Iman. Birthday mereka esok 18 Ogos 2012 last day puasa. Sudah tentu ada 'celebration' jugalah pada Hari Raya pertama nanti. Iman dan Norlina, Alang doakan semoga kalian berdua dipanjangkan umur, diberkati, sihat. dimurahkan rezeki. Aaamin.



2 comments:

  1. Tq nek langgg.... sayang nek langg sampai syurgaaa...yeayyy walaupun sambut hari lahir yg ke 40 tetap dapat duit rayaaaa.... syg nek lang..muah muahhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak nampak 40 pun, ummi! Itu sebab di beri duit rayaaaa.

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.