Malam Raya

Hurray, esok rayer!!!!
Bunyi mercun bertalu-talu sekitar kampung.
Budak-budak riang ria main bunga api.
Baru tadi 2 kumpulan tadbir raya singgah di rumah untuk bertakbir raya. Selalunya mereka datang lewat malam, tuan rumah dah mengantuk dan penat. Alhamdullilah, tahun ini mereka datang awal pula. 2 kumpulan pulak tu. Satu kumpulan kampung, jiran-jiran, tak ramai. Satu lagi  kumpulan masjid, terperanjat juga. ramainya!!!Eh, mengapa mereka tak join ek? Anyway, bergema bacaan takbir dan doa ziarah untuk tuan rumah. Barulah terasa, esok hari rayer!!!


Ini kumpulan kampung. Ketuanya yang berjanggut t, Azmeer namanya. Tak ramai.



Sementara kumpula Azmeer sedang bertakbir, datang pula kumpulan masjid, tunggu luar jap.


mereka turut mengaminkan doa,


Barulah turn kumpulan kedua.Penuh ruang.
Tua muda kecik besau
bergema  takbir raya
 terima kasih kerana singgah di rumah. Semoga diberkati usaha anda semua.
Hingga tahun hadapan, InsyaAllah
Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar,
Wa lillahilhamd.

1 comment:

  1. Kami disini tak ada cara itu menyambut Raya. Budak budak sahaja yang hingar bingar berlari lari bermain bunga api dan mercun (yang kecilan). Ada juga eloknya kerana tidak lah terganggu hendak siapkan rumahuntuk raya.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.