Pijau cili

 Sambal belacan cili api, satu kemestian masa makan nasi.
Tangan kiri pegang cili. Tangan kanan pegang pisau. Cili dibelah dua, dan dikuis-kuiskan bijinya.
Mengapa buang biji? Tahu-tahulah kalau banyak sangat bijinya , mana lah tau tersangkut dalam usus. Lain pula ceritanya. 
Pegang cili,Tentukan akan terasa pijau (sebutann Melaka untuk 'pijar').Tak pe sikit aje. Selalu akan reda cepat panasnya.

Jam 1.00 pm. Tangan kiri mula terasa hangat, panas bagai dicucuk jarum.
Oh, tidak! Tangan kiri dah pijau. Panas amat-amat. Tak pernah rasa pijau begini. Mula gelabah. Tak selesa.
Kipas, tiup..tak turun kepanasan.
Rendam dalam beras. Nak sejuk. Tak juga reda.
Rendam dengan air batu. Waktu rendam tu okeylah sejuk. Bila keluar.....panas semula.
Balut tangan kiri dengan tuala basah. Tak  juga hilang.
Sapu dengan minyak masak. Tak berkesan. Masih panas.
Cari  lotion. Sapu pada tangan. Pun tak reda.
Mulalah tangan terkapai-kapai menahan sakit, sambil mohon pertolonganNya.
Apa kata rendam dalam air panas. Hai, berrtambah panas.Tak boleh tahan, Nak menangis pun ada.

Cuba google cari penyelesain. Tentu ada petua!
Ha, macam-macam petua untuk mereda atau menghilangkan pijau cili,  timbul.
Cuba yang ini.Sapu gula, gesek-gesekkan ke seluruh tangan, juga antara celah-celah jari. Kemudian bilas dengan air bersih. Okey, cuba.....Tak mujarab.
Cari lagi.....sapu, lumur, gesek-gesek  dengan garam halus, biarkan sebentar. Kemudian baru cuci bersih.
Aduh! Pedihnya!!!
Tapi....Alhamdulillah, berkesan.....pijau cili mulai reda,,,, hilang.
Rupanya kena cuba setiap satu petua untuk mendapatkan mana satu yang sesuai untuk kulit tangan kita.

3 jam saya merana tangan kiri pijau dek nak buang biji cili api.
 Sambal belacan punya pasal!!!
Lain kali terpaksa guna sarung tangan kalau pegang cili (cili api)

Agaknya apa hubungan garam dengan asid cili yang boleh melegakan rasa pijau, ye?

2 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.