Gotong royong cuma berdua

Pokok semambu yang tumbuh di luar pagar tapi dahan dan ranting terjuntai di laman rumah BC sudah' minta tolong'. Dahan dan ranting sudah hampir ke bumi, sudah sampai masa minta dicantas. Daun pun dah rimbun. Jom, projek gotong royong,  ops pokok semambu. Berdua aje ke?




Gambar-gambar dipetik dari blog Ceritalah nek Ngah.

Bila dah cantas mana-mana  dahan dan ranting, perlu pula  letak di tepi jalan untuk diangkut oleh pihak berkenaan. Tapi mesti diikat dahulu kemas-kemas. Petang pula ops menyapu daun-daun kering. Penatnya, tapi ini satu exercise keluar peluh. Semambu dah kemas, laman pun dah bersih, sedap mata memandang.

8 comments:

  1. Salam sejahtera cikgu!
    Selamat Hari Guru.
    Sekali guru terus guru selamanya!
    bERGANDA2 PAHALAMU WAHAI GURU KERANA MENDIDIK ANAK BANGSA.

    sAYA DAH TGK SEKEJAP BLOG hJH nAZLI TU,,nanti saya tgk lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ju,
      Terima kasih atas ucapan. Title 'guru' melekat sampai bila-bila. Singgahaaa-singgahlah ke 'rumah' hjh nazli yang suka bercerita.

      Delete
  2. Kata blogger adry@daun, pokok semambu mudah condong & tumbang. Memang elok dicantas mana yang patut, atau ditebang. Kalau tengok gayanya, seorang pun (yang berseluar hitam tu) dah cukup untuk mencantas, tapi memang lagi seronoklah berdua, tambah-tamah orang kedua cekap geraji-menggeraji. Persekitaran lapang, mata & hati pastilah girang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Temuk,
      Saya nampak pokok semambu di luar pagar tu dah condong sikit. Pokok ini beri tedukan sikit pada rumah BC. Itu sebab tak tebang. Banyak saya belajar daripada 'yang berseluar hitam' tu waktu ops semambu.

      Delete
  3. Emm elok lah tu Alang..menambah kan kemesraan..hahhaah
    nanti kalau demam campak, boleh lah lari kejap ke BC..nak mintak daun semambu ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ezza muffinbiru,
      Takkan kalau ada demam campak aje, datng lah bila-bila masa, daun pokok ini banyak khasiat selain untuk reda demam campak. Nak berapa guni?

      Delete
  4. comel laa topi bunga2. siap ada "selendang" lagi. sekali tengok mcm askar jepun zaman sebelum merdeka pun ada :-D

    ReplyDelete
    Replies
    1. doeya,
      Aunty nampak topi 'kebun' ni dalam satu drama Korea. Comel kan?

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.