Jom masak

Petang semalam, Khamis, riuh rendah di dapur rumah BC.
Mana tidaknya.

Ce tengok berita bergambar ini

Tengok apa tu kak cik, makcik, adik kakak?? Ada yang cekak pinggang, ada yang pegang nota
Hai, tengok puan kita masak ke? Masak  apa  tu Cik Timah dan Cik Leha?
Kemudian, keluar pula duduk diam-diam sambil memerhati. Apa pula yang diperhatikan?
Kata Cik Timah, kacau dan gaul kastad, jangan berketul. 
.Lepas tu letak kastad tadi antara hirisan puff, sambungnya
Goreng puff? Tak ini cara menggoreng 'Vadeh', minyak mesti banyak!

Itulah dia riuh kejap di rumah BC petang semalam. Perkumpulan Wanita atau WI Bukit Baru Melaka telah mengadakan demo masak 'Cream puff' dan 'Vadeh'. Seronok juga bila mereka berkumpul.Kan bulan Ramadhan berada di 'simpang jalan', ada idealah  untuk menu berbuka nanti. Ilmu kalau tak diamalkan akan hilang, tau. Atau ada yang teringin nak jual di pasar ramadhan nanti?
Lepas tamat sesi, penatlah kita mengemas pula..........tidur awal semalam.
Dengar puan pengerusi kata lepas ni nak belajar buat laksa johor.
Mmmmm...di rumah siapa pula ye?

6 comments:

  1. salam
    saya senantiasa singgah
    saya doakan cikgu sihat sejahtera
    bila nak on kat FB
    please !!

    ReplyDelete
  2. seronok ada aktiviti2 macam ni ya.. kalau kat tempat saya ada mesti saya nak join jugak.

    ReplyDelete
  3. Hjh Nora
    Tak kelihatan pula apa jadi pada para puff dgn vadeh selepas siap disediakan..... Seronoklah dapat berkumpul sambil menimba ilmu. Ni kira majlis ilmu juga, tak? Salam bahagia.

    ReplyDelete
  4. Vimmy,
    Cikgu tak kuasalah nak layan FB. Sorry, Vimmy. Kita story-story di blog aje lah, ye!

    ReplyDelete
  5. mycikgukita,
    Apakata cikgu mulakan aktiviti ini. Panggil kawan-kawan dan jiran..sama-sama kongsi ilmu.

    ReplyDelete
  6. Salam Temuk,
    Lupa pula nak ambil gambar hasil masakan sebab terlalu teruja nak rasa vadeh dan puff. Majlis ilmu jugalah, mengajar kepada yang kurang pengetahuan.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.