Juara kampung? Alahai!

Malam Khamis:  hajat dihati nak buat mi sup untuk sarapan keesokannya.
 Keluarkan seketul daging daripada freezer.  Defrost semalaman.

Pagi Khamis:
Hujan. Elok sangatlah makan mi sup sebagai sarapan. Guna mi lidi.

Mula 7.00 pagi
Tengok apa yang ada untuk buat supnya.
Hiris 5 ulas bawang merah, 3 ulas  bawang puith, sedikit halia.
Hiris nipis 6 ulas bawang merah. nak buat bawang goreng.
Hiris nipis 2 tangkai cili merah (cili api tak ada)., 2 ulas bawang puith. Nak buat air lada kicap.
Hiris nipis sebahagian ketulan daging yang telah pun lembut.
Hiris memanjang 3 keratan karot.
Daun sawi dah siap hiris.
Ketepikan sikit kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, sikit buah pelaga dan sikit bunga cengkih. Bancuh dengan air 2 sudu kecil rempah sup.
1 bungkusan mi lidi siap untuk di celur.

Masa untuk menyediakan sup.
Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih dan halia.
Tumis bersama rempah  empat adik beradik.  Naik bau, masukkan rempah sup.
Jangan lupa hirisan daging. (kalau ada udang, sotong...lagi best, tapi tak ada!)
Dah naik minyak, masukkan air..agak-agak banyaknya...
Jangan lupa hirisan karot dan sawi.
Rasa kemasinan... cukup rasa...okeylah tu.

Jerang air dalam kuali..nak celur mi lidi.

Sambil tu, tumbuk hirisan cili merah dengan bawang puith. (kalau ada cili api...pedas..lagi kick)
Puas hati...masukkan sikit gula dan garam .Perah jus limau sambal. Tambah kicap lemak manis. Gaul...jadilah air lada.
Sambil tu pantau mi lidi yang dicelur. Dah lembut belum?
Bila dah lembut, curah dalam penapis bawah cucuran air paip...kacau-kacau, kacau... tiris...letak dalam pinggan hidang.

Buat pula bawang goreng. Kakak tak sempat tunggu bawang goreng sebab dah lapar.

Tengok jam di dinding....
pukul 8.15 pagi
hai buat mi sup,1 jam 15 minit?????

Boleh masuk juara kampung tak?
Kecohnya!

4 comments:

  1. Salam Hajjah Nora

    Kalu 1 jam tu kira lama ker kira sekejap? Sebab kalu saya ler, masak 3 lauk dalam masa sejam. Itu yang goreng2 laaarr.. hehehehe


    Wordless Wednesday: Siaran Tertunda 13 Julai...

    ReplyDelete
  2. Salam AA,
    1 jam tu untuk satu masakan, pada akak lama.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.