Tertipu juga

Satu hari ke M*din Ba*zaar untuk membeli keperluan rumah. Saya berlegar-legar sambil menolak troli yang tak penuh pun. Ternampak.....



Ah ha, boleh beli satulah untuk kegunaan hari hujan, yalah, bila berkebun (konon-konon)
Tak pula saya buka paket, sebab nanti tak tau nak lipat semula. Percaya saja apa yang tertulis.
"3 IN 1 MAGIC PONCHO" ada gambar 'magic'nya.. SIZE: FREE
Okeylah, harga pun tak mahal.

Di rumah tak pula saya buka paket, sebab memang konfiden...fully confident!
Hari semalam saya buka paket...dan rupanya  'tipah tertipu lagi'
Bukan nya ponco tetapi baju hujan saiz 34, saiz kanak-kanak.

Kecewa sungguh...
Nak yang ini...poncho...
bukan yang ini...baju hujan
 (Pictures credit to google)


Anyway, tak mustahak..
"Amal nak raincoat "
Geleng.
"Iddin, nak raincoat tak?"
Angguk.
Suka lah Iddin boleh main dalam hujan.

Ayam yang saya beli di M*din di masak kicap ...antara lauk kesukaan ku

ayam masak kicap bersama hirisan ubi kentang goreng

2 comments:

  1. assalam kak hajjah nora..kita memang selalau tertipu kan..sebab tak nak buka..takut tak reti nak lipat balik..sama le kita ni..

    ReplyDelete
  2. Salam Erna,
    Tak ada pembantu kedai waktu itu. Lagi pula saya ni percaya dengan apa yang tertulis. Mesti berhati-hati di lain masa.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.