Satu malam di Kuantan

Malam Ahad, hujung minggu yang lalu, kami menghadiri satu majlis perkahwinan di Kuantan.
Lokasinya: Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Kuantan
Masa: begitu begini...mula 8.45 malam

Perarakan masuk pengantin


Tu dia pengantinnya...Yang Azizah Adnan bersama pasangan Mohamad Faiz Ismail


.Antara jemputan VVIP. Anda kenal?
Berpakaian unggu ayahanda pengantin perempuan, Dato' Seri Adnan Yaakob, MB Pahang 
Bonda Yang Azizah, Datin Sri DiRaja Dato' Hajjah Junaini Kassim,(belakang) pernah berjawatan GPK HEM semasa saya berkhidmat di SMKTA. Sekarang, Datin Sri ialah Pengetua di sekolah yang sama.
Sempat saya menyapa, lalu Datin berpaling...lambai, lambai, senyum, senyum.  Kelihatan juga Isteri YAB Perdana Menteri Malaysia


Antara yang hadir sahabat-sahabat lama, belum bersara..gigih sungguh. Mereka big bos sekarang!!!
Tetamu-tetamu di 'extension' dewan utama, berdiri hormat. Majlis berlansung di Dewan utama.
Kami 'follow' melalui skrin.


Sempat skodeng pelamin...dalam dewan utama
Buah tangan sebagai penghargaan, sebuah bekas yang boleh diguna semula
Dalamnya ada sebiji telur rebus, beberapa biji cokelat, bepang kacang, manisan tarik 
Imej Yang Azizah  Adnan semasa kecil hingga remaja menghiasi bekas cenderahati
Begitu juga ada imej Mohamad Faiz Ismail , pengantin lelaki
 Sempat bergambar bersama my BFF, Faridah Kazi dan anaknya, Syafa


Tak pula saya ambil gambar hidangan malam itu. Tetapi antara yang disediakan ialah Daging Gulai Kawah + Tulang, Ayam Tandoori, Udang berempah, Tenggiri Sweet Sour, Ikan Lipis Goreng, Dalca sayuran, Salad Sayuran, Acar Buah, Popodom.  Manisan pula..Puding Raja. dan Cupcake. Ada juga ais krim dan anggur sebagai pencuci mulut. Nasinya Nasi Minyak dan Nasi Putih. Penuh satu meja panjang.

Terima kasih kepada Dato' dan Datin Sri atas jemputan.
Kepada Yang Azizah Adnan dan suami diucapkan 'Selamat Pengantin Baru dan bahagia selalu'

P.S.Teringat lagu "Masih kau Ingat"

12 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Bolehla cedok idea untuk filem saya nanti...masih belum muktamad.

    ReplyDelete
  2. Salam cg,
    Idea Datin Seri sendiri, tau!

    ReplyDelete
  3. amboi hebatnya majlis! wife pm pun datang tu!

    ReplyDelete
  4. Dieya,
    Actually the Sultan and Sultanah of Pahang, the Governer of Melaka and wife, PM and other VVIPs were the guests of honour. The majlis was simple but 'hebat'!

    ReplyDelete
  5. As-Salam Hjh Nora
    Seronoklah dapat bersama dlm majlis kenduri sedemikian. Yang penting kita cuba memenuhi jemputan. Tak kira 'status' kenduri, tentu masing-masing ada keunikannya yang menggembirakan kita sebagai jemputan.

    Ni, tunggu jemputan kenduri perasmian rumah baru... tapi banyak 'fasa pembangunan' nampaknya... lama lagilah, kot.

    ReplyDelete
  6. Salam Temuk,
    Memehuni jemputan tuan dan puan rumah yang dekat di hati. Fasa pembangunan fasa ketiga hampir siap!
    Wet in Melaka. Have a nice fine day in BBB!

    ReplyDelete
  7. Hajah,
    Semua jemputan tak kira siapa dapat buah tangan yang sama.

    ReplyDelete
  8. meriah nya kak nora..
    amek kesemptan buat reunion gak ye kak..hehe

    ReplyDelete
  9. dalam dewan macam ni...duduk belakang2 aje le! banyak protokol...lecehlah...kat belakang2 tak kisah ! cantik tin itu...

    ReplyDelete
  10. SAK,
    Sudah diatur ikut protokol. Tempat belakang-belakang lebih selesa, hampir dengan laluan pengantin serta VVVIP. Nampak jelas wajah-wajah riang.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.