Kawan lama

Salam
Dah lama saya mencari seorang kawan lama.


1982
mula berkenalan
di Maktab Perguruan Islam,
ketika itu di Section 16, PJ.
Saya di Jabatan Pendidikan,
beliau di Jabatan Sains Sosial.
Hinggalah pada hujung 1985
kami berpisah.
Saya menyambung pelajaran ke USA,
beliau terus di MPI hingga 1989.
Putus hubungan..


Disember 1991.
Saya ke Ann Arbor, Michigan, US
kursus 3 minggu tajaan IAB.
Ha, dapat tahu ada seorang yang saya kenal
Atase Pendidikan,
Jabatan Penuntut Wilayah Tengah, Chicago, USA

Chicago, here I come,
Aduhai, punyalah suka dapat jumpa kawan lama saya ini.
Rupanya beliau sudah berada di Chicago sejak 1989
Banyaklah cerita saya, banyaklah cerita pengalaman dia
Ronda-rondalah kami di Chicago,
shopping, makan...

1992.
Beliau kembali ke Malaysia.
Saya tak tahu di mana beliau berkhidmat.
Puas juga saya mencari.
Ada juga terbaca nama beliau di akhbar
Macam kenal aje.
GPK lah, Pengetua lah di Selangor.
Baru-baru ini terbaca lagi nama beliau,
Betul ke? Teliti gambar betul-betul.
Takut pelanduk dua serupa...
Lady boss di Kementerian..
Untuk puaskan hati saya googled .
Memang pasti, dia kawan lama saya!!!
Wah, sejarah perkhidmatannya hebat sekali
Antaranya
Nazir sekolah, Timbalan Pengarah,Pengarah Pelajaran Negeri
dan the latest
Pengarah BPSBPSK
salah seorang orang kuat Kementerian Pelajaran.
Tahniah Ashah,
You're a determined person,
Cekal dan bersemangat


1983
Saya bersama Ashah Samah
semasa di Maktab Perguruan Islam, Lembah Pantai, KL


Kini,

Kawan lama saya, oh respectlah,
Pengarah BPSBPSK






18 comments:

  1. Ya, memang tumpang bangga bila kawan kita berjaya. Lebih berjaya dari diri kita...

    Sekurang-kurangnya kita tahu, kita pernah sama-sama bergelut belajar sama-sama dulu...

    ReplyDelete
  2. salam.
    respect dengan kengkawan yang telah berjaya.
    Ada kawan kami yang sama2 di pennstate dulu sekarang dah bergelar tan sri.
    Kita pun dah naik malu nak menegur...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...
    memang kita turut tumpang vangga bila kawan kita dapat pergi sejauh dan setinggi itu... Macam tulah sahabat yg sejati...

    ReplyDelete
  4. Tahniah buat kawan kak hajah Nora.Tumpang gembira anak melayu.

    ReplyDelete
  5. salam kak NORA
    seronok kan bila ada kwn yg berjaya jawat jwtan besar mcmtu..

    ps..kak nora lawa masa thn 83 tu...

    ReplyDelete
  6. Azie,
    Hjh kakPah
    Hjh Rahmah
    Zaitun
    Ida
    Memang kita bangga dan gembira kawan-kawan kita berjaya dalam kerjaya hingga ke top post. Jangan mereka lupa kita, sudah. Mereka yang bercita-cita tinggi, menyambut cabaran, rajin, ingin mencari kepuasan kerja, boleh berjaya. Tak macam saya...Vitamin M banyak, tak mahu pening-peningkan kepala, tak kuasa nak stress..itu sebab sampai umur wajib bersara...cukup sudah!
    Ye ke Ida, syukur, muda-muda lawalah..

    ReplyDelete
  7. salam hajah,

    tentu kita pun turut gembira dgn kejayaan rakan kita...

    ReplyDelete
  8. sama blok dgn saya tu kak...
    nak kim salam tk? heheh..

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. saya telupa....bahagian pn Ashah ni dah atau sedang dlm proses perpindahan ke Cyberjaya... boleh baca pemberitahuan ni di sini..

    http://www.moe.gov.my/?id=13&aid=1027

    datangla sini, blh jumpa kawan lama tu.. hehe..

    ReplyDelete
  11. Hjh Nora
    Memang seronok bila 'terjumpa' balik kawan lama yg hilang. Apa lagi bila kita temui dia di tangga yg tinggi, tapi tetap rendah hatinya, tetap mulia budi pekertinya. Yang sedih, kita ketemu kawan lama yang tak ingat / tak mahu mengingati kita lagi. Tapi itulah rezeki. Salam bahagia.

    ReplyDelete
  12. dirimu sungguh jelita memuda dulu kak...

    :)



    .

    ReplyDelete
  13. Salam kak. Pn. Ashah tu mantan Pengarah JPN Selangor. Biarpun beliau sekejap je di Selangor, tapi sangat terkesan di hati kami. Idola saya tu!

    ReplyDelete
  14. Salam kak nora :)
    Saya tumpang gembira kak nora dapat jumpa kawan lama. Tinggi rendah tangga kita berada, bibit-bibit kasih sayang diantara satu sama lain tetap masih ada.
    Alahamdulillah...

    p/s saya nak follow kak nora, harap sudi follow saya? :)

    ReplyDelete
  15. Salam Acik,
    Kalau acik terserempak dia,bolehlah sampaikan salam,okey

    ReplyDelete
  16. Salam Temuk,
    InsyaAllah mereka ingat, munkin ingat-ingat lupa. Tapi TK kerana Temuk ingat saya. Senyum selalu..

    ReplyDelete
  17. tM,
    Sekarang pun masih cantik lagi, cantik seorang oesara, muakahkah

    ReplyDelete
  18. Cg Aida
    Pn Islah
    Harap-harap Pn Ashah bacalah blog saya. TK kerana komen

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.