Isnin (Senin) hingga Rabu....tak banyak perkara menarik berlaku. Tak ada story mory yang nak di kongsi. Banyak masa saya hadap Cik PiSi, rancangan TiVi pun jarang saya tengok. Apa kisah NaOMei pun tak tau, apa kisah Diari AF8, entah....tak tengok, apa nasihat Tanyalah Ustaz pun tak tau.(time tu saya gosok baju di atas). Masa banyak berkemas di dapur(kemas bukan masak tau), cuci peti ais, cuci-cuci pinggan, lap-lap meja, cuci periuk nasi (nasi masak, lauk beli) , sapu porch (daun kering dari pokok depan rumah) dan selebihnya hadap Cik Pi Si (walaupun browser melalui Cik Kom BB tak bekerjasama). Ada masa juga keluar, gi renew road tax dan insuran kereta (expire minggu depan) , gi kedai beli siling fan, gi cari remote control aircond, gi breakfast, gi beli lauk di gerai (teman JY ). Kawan-kawan belum jumpa lagi. Dia orang pun tak tau saya dah berada di Kuantan. Tapi jiran kiri dan kanan rumah dah jumpa! Kemas rumah? Oh....itu kerja En JY....mop satu rumah, kemudian vacuum...bersih tau....saya tengok aje. Mana-mana yang rosak seperti pemegang drawer cabinet, lampu tangga tak menyala, kunci grill pintu utama, cermin tingkap tak boleh tolak, dialah yang baiki. Sekarang kat TV saluran sport ada tenis, US open, jangan ganggu dia. Saya ada kerja lain yang sudah jadualkan dan mesti lakukan. Tengok tu di luar pagar, paku-pakis liar sedang menjadi naiknya. Kena tebas. Tunggu petang, biar redup....there goes NaOMei. Saya pun rasa badan ni dah berat sikit. Senang hati. Makan lalu. Tidur lena. Oh ye, sejak minum susu kambing dan ambil supplement minyak ikan, alhamdulillah, saya mudah tidur dan lena pula tu. Badan berpeluh (buang toxin). Selsema pun boleh control. Itulah dia kisah saya 2 hari di BS. Oh...nak angkat kain dalam mesin basuh. Relaks beb :)
woo banyak betul kerja alang ni....saya hari dok mengadap cik Singer...menjahit beg untuk mak tunang Alin yang nak pi umrah next week...alang balik bila...sabtu ni ker???
ReplyDeleteHai, untunglah bakal MIL Alin, dapat besan pandai jahit beg. Jadi dah kurang hadap PC lah ye Ezah. InsyaAllah bila teringat Melaka, baliklah ia.
ReplyDeleteHi kak Nora
ReplyDeleteSaya suka membaca blog kak nora. Waktu ni holiday, so relax kan? Saya pun cam tu juga. Saya nak share blog award dengan kak nora. Check it out at http://blindperfect.blogspot.com/
Terima kasih :)
Salam Puan Isah,
ReplyDeleteTerima Kasihlah Isah singgah rumah saya. TQVM for the award. Take care.
masih relek2 di kuantan? tak pegi main laut?hehe..
ReplyDeleteSalam hajah,
ReplyDeleteRelek-relek seorang pesara. Hujan di Kuantan, laut tenang tapi berkocak ombaknya.
Salam Kak Nora,
ReplyDeleteAgaknya, bila saya pencen nanti punmacam Kak juga rasanya dengan hal r/tangga.
ppsssttt...mai blog saya...nanti kalau terserempak kat Kauntan boleh tegur ye... :-)
Wahh seronoknyaaa...
ReplyDeleteSaya pun berhasrat jika dah bersara, nak duk kat kampung jerrr...