Dataran 1 Malaysia

Salam

Inilah dia Dataran 1 Malaysia, Pantai Klebang. Sekarang dinamakan Dataran Klebang. Pada 14 Februari 2010, seramai 51,000 orang rakyat negeri Melaka telah menjayakan Jamuan Berhidang Teramai di Malaysia, Majlis Jamuan bersama PM. Di sinilah mereka berkumpul. Tak, saya tak ikut serta.
Satu ketika dulu, dataran ini ia adalah sebahagian perairan Selat Melaka yang telah ditambak.Pantainya bernama Pantai Klebang. Pada hujung minggu, ramai rakyat Melaka berkelah, mandi laut, riadah dan kalau nak tengok orang 'menangkap' (maaf tak tau istilahnya) geragau/ anak udang, di Pantai Klebang inilah salah satu tempatnya. Kini pantai Klebang dah jauh...nun......jauh di sana. Yang ada 'lautan' pasir dengan tanaman pokok ru. Projek penambakan laut di pantai Klebang sepanjang 6 km bermula dari Taman Kota Laksamana sehingga Tanjung Kling. Pantai sudah bertukar wajah!



Nampak tak tembok di sebelah kanan imej?
Itulah sempadan darat dan laut sebelum adanya dataran ini.


Pantai Klebang sekarang.
Bangunan tinggi adalah kondominium


Pokok Ru baru hendak meninggi di 'gurun' pasir Dataran Klebang


Inilah dia Tugu 1 Malaysia


Pasir yang ditambak diangkut dengan 'barge' dari mana, ek?

Apa projek seterusnya di Dataran Klebang? Nampaknya waktu ini belum ada apa-apa projek. Elok kalau dijadikan taman rekreasi, jadikan padang untuk main bola, padang main layang-layang, padang permainan, padang untuk brisk walk, taman bunga...tempat di mana rakyat Melaka boleh berehat...

7 comments:

  1. salam hajah nora,

    nanti akan datang cantiklah tempat ini..pokok2 merendang melambai2 di tiup sang bayu..

    ReplyDelete
  2. salam kak hajah nora,
    tahun 1992-1994 dan tahun 1998-2001 saya tinggal di Pernu dan pokok mangga... selalu ke pantai klebang. Dulu memang ombaknya pukul batu2 yg ditambak..(belakang deretan gerai makan).. sekrang rupanya dah lain pula...

    ReplyDelete
  3. Macam Taman Gelora, Kuantan, kan Hajah Zainab?

    ReplyDelete
  4. Hajah Rahmah,
    Pantai Klebang dah berubah wajah.

    ReplyDelete
  5. dulu kalau saya datang ke pantai klebang....anak anak selalu naik kuda kat situ...la ni kuda tu ada lagi ker....

    ReplyDelete
  6. Ezzah,
    Di mana gerangan kuda tu? Budak-budak BC pun selalu juga berpeluang naik kuda bila ke pantai klebang tu.

    ReplyDelete
  7. Kita boleh dapatkan senarai homestay di kawasan Klebang yang murah di Melaka berhampiran lokasi pelancongan di Bandar Hilir dan Klebang sila lawati;
    http://www.homestaymelaka.com.my atau http://homestaymelaka.worldheritage.com.my

    Begitu juga bagi INDAH Kembara Apartment & Hostel Klebang merupakan penginapan apartment dan hostel murah untuk rombongan di kawasan Klebang dan Bandar Hilir, Melaka boleh lawati http://www.indahkembara.com

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.