Sweet bunga manggar

Sepanjang hari semalam saya tekun buat bunga manggar. Bunga manggar ini bukan daripada lilitan kertas bunga atau kertas kilat pada lidi. Kanak-kanak suka bermain dengan bunga manggar bila majlis kenduri kahwin selesai. Jadi kali ini untuk menggembirakan lagi mereka, tuan rumah buat bunga manggar daripada susunan gula-gula yang berwarna warni dihias pada lidi. yang lemah longlai! Tentu jadi tarikan pak budak, mak budak, budak-budak......jangan berebut dan gaduh sudah! Cukup untuk semua :))



Nah, ini hasilnya. Belum lengkap lagi. Perlu dibuat pula pokoknya! Tunggu ye :)

4 comments:

  1. Thanks Alang kerana iklan ini...

    so masa anak saya kawin nanti...bungga manggar nya di impot dari BC, boleh tak???????(sambil mata berkedip kedip)

    Eh lupa nak tanya...sapa yang nak kawin ni....

    ReplyDelete
  2. Ezzah sayang,
    Tak payah klip2 mata...jangan harap impot, esok lusa, habis tinggal lidi dan betik muda. Kalau nak tempah boleh, (alang pula klip2 mata). Anak saudara MrKindHeart.

    ReplyDelete
  3. kak nor...cantiknya bunga manggar..lepas ni bolih makan gula2,..ye ke ada gula2 dalamnya..bagus idea ni..

    ReplyDelete
  4. Mana boleh tipu-tipu, Erna, harap budak-budak...gantunglah apa saje gula-gula tetapi pilih yang wrappernya colourful.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.