Memang hebat


Ezza memberi sokongan kepada MsHart
Yang sakit MsHart, yang berselimut, Amal

Salam Sabtu semua.
Kata P.Ramlee lagi.."Ku sangka hujan sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari...."

Tapi di Kuantan sekarang "ku sangka panas berpanjangan, rupanya hujan tidak berhenti". Itulah kedaan cuaca di daerah Kuantan ketika ini. Hujan turun lebat tidak berhenti sejak petang semalam (Jumaat).
Ku panjat kesyukuran ke hadrat Allah SWT, Mshart telah pulih but still under observation. Tadi waktu called, dengar suara dia ceria, ketawa dan gelak macam biasa.

Nak ucapkan juga terima kasih tak terhingga kepada Ezza (baca:Makcik Blogger) dan juga suaminya yang tersayang, Pak Aziz (Baca: ol' rascal) kerana dari jauh travelled ke Melaka untuk ziarah sahabat bloggger dia tu. Setelah Ezza confirmed (dari saya) berita Mshart 'pitam' dia terus ajak PA ke Melaka lepas solat Jumaat. Pada hal pagi hari yang sama, mereka hadir konvo anak. Esok (hari ini, Sabtu) pula nak travel ke CH, ada hal yang tak boleh tidak, mesti hadir. Pagi tadi saya layan blog PA di Multiply (dia bukan member blogspot), dah ada posting bukan cerita ke hospital sahaja tapi dapat tengok view menarik di sekitar hospital (dan ada juga cerita konvo). Dengar pula, kisah Mshart di hospital dah masuk dalam Facebook Ezza. I say, Ezza dan Aziz, you berdua memang hebat!!! Thank you for being our friends.

Perhatian: Imej di atas saya 'ambil' daripada blog PA. Terima kasih ye, PA.

Di luar, masih hujan.......

10 comments:

  1. hujan yang turun...
    bagaikan mutira...

    ReplyDelete
  2. Salam Cg,
    berkilau, bersinar, berkerdipan....

    ReplyDelete
  3. kak..pahang memang hujan..siang tadi saya kt CH,,,asyik hujan saja....anak saya hani, dah naik lembik asik muntah jer...saya pulak demam ni...

    yang kawin dapat bini....kami dapat demam tapi sempat gak beli kobis!!!

    ReplyDelete
  4. kak hajah nora,
    penyakit bila datang, macam ribut... bila nak pergi macam semut...
    muga2 anak saudara kak hajah nora beransur baik....

    ReplyDelete
  5. Salam hajah zainab,
    terima kasih, stress kata doktor

    ReplyDelete
  6. hajah rahmah,
    Ameen, dah pulih tetapi harus berjaga-jaga

    ReplyDelete
  7. Ezza,
    Kobis sayur sejuk, tambah sejuklah nampaknya. Semoga Zah sekeluarga bertambah sihat.

    ReplyDelete
  8. hujan turun untuk menyejukkan keadaan

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.