Bersamamu

Salam.
Bila ada majlis perkahwinan sanak saudara ( dan juga semasa kematian) maka berkumpulah kaum kerabat semua. Inilah satu-satu masa, yang jauh datang bertandang samada 'day trip' atau bermalam memeriahkan majlis. Hujung minggu yang lalu berkumpul lah kami di Taman Kencana, Cheras, untuk kenduri perkahwinan Fairuz, sepupu saya (arwah mak saya dan bapak Fairuz, adalah kakak dan adik)


Salah tempat tu kak oi....bersama Fairuz dan Siti Zainin, ibu tercinta,
Majlis pernikahan di Masjid Al Adzim, Taman Pandan Jaya


Bersama rakyat jelata 99 Jalan Raja Abdullah, Kpg Baru.
Nak kenal mereka, haru biru.
Yang senior-senior, dah tak ada.
Sayalah pengganti, nampaknya.


Majlis berlangsung di perumahan Taman Kencana,
JY berbaju putih bersongkok pula,
bersama bapak Fairuz, Abd Hamid, pakcik saya


Oh my, oh my....tiga warga emas sebaya bertemu sudah
Bersama my darling JY and beloved cousin, Aishah


Jom ambil gambar bersama Wan
Hai, bila lagi nak berteman?
Mari Alang pos dalam Sekilauan
Moga-moga ada yang ingin berkenalan!


Bersama pula Fazli dan Fazlin
Fazli, abang, Lin, kak long pengantin


Bersama Roslan, Amal, Ina dan anak
Lama tak jumpa, lama tak nampak.
Roslan sepupu, Amal semua dah cam,
Ina pula isteri Hisham


Bersama gembira saat di nanti,
Famili Mami Hasni tetap riang,
Iman my cucu, Mami my aunty
Nurshila (tudung pink) my niece saudara, sayang.


Bersama pengantin ketawa menggeletek,
bila angah mula mengusik.
Hai, mengapa Shila dan Iman jalan macam itik?
Berbunyi pula kuek, kuek, kuek....


Walau tiada rewang merewang,
Semua catering punyalah senang.
Sanak saudara jauh mendatang
Bersama yang dekat berkumpul riang.

Itulah suasananya, bila dah bertemu sekali sekala. Bergurau, ketawa, suasana gembira. InsyaAllah, Mac minggu ketiga, berkumpul lagi rakyat jelata. Di mana pula tempat pertemuannya?

10 comments:

  1. Taman Kencana? Tempat tinggal Kak Cik SEROJA..

    Pandan Jaya? Tempat tinggal saya...

    uishhhh... tak berkabor.. kalu idak, leh gak skodeng KAK NORA...:)

    ReplyDelete
  2. laaa..

    First time nampak Pak Lang...hensem nya dia....
    Kak...bila nak singgah sini pulak....

    ReplyDelete
  3. Eza,
    TQVM, tentu Pak Lang tersenyum kalau dia tau. Ada Alang insert imej dia pada posting-posting yang lalu. Tak perasan ke? Bila ada panggilan, InsyAllah.

    ReplyDelete
  4. seronok bila berkumpul dan bertemu saudara mara.

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Nora,

    Semasa kenduri kendaralah kita dapat bertemu saudara mara yang dah lama tak bersua...memang seronok kan?....Selamat pengantin baru ke pada Fairuz dan pasangannya.

    ReplyDelete
  6. Salam hajah zainab,
    Walaupun KL-Melaka dekat,kami berkumpul apabila 'bulan biru'muncul.

    ReplyDelete
  7. Salam Hjh Nora
    Wow, terujanya bila ketemu ramai kerabat! Pulak tu kita dah jadi orang tua-tua, the elders. Bukan orang-orang tua - ingat kuliah Syed Husin? Kerabat lapisan bawah semua tabik kat kita. Tapi bila ada upacara2 tertentu kenalah kita duduk kat kepala rombongan. Tu yg kekadang belum mahir!

    ReplyDelete
  8. Salam temuk,
    Dah masuk golongan senior, kenalah belajar macam-macam bila ada kenduri seperti ini.Tapi rasa-rasanya masih muda lagilah, Temuk!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.