Manggar manis

Salam semua.
Moh kita buat pokok bunga manggar manis!


Iman dan Haikal
Oh. Cucuk pada nenas bukan betik muda!


Ummi Soleha(kiri) dan Kak Jah pun nak buat juga


Dah siap, tumpang di pagar dulu


Elok letakkan manggar di pagar utama
barulah ceria majlis,
ikat kuat-kuat


Ini dia pokok bunga manggar manis
warna warni, terjuntai dengan lembut,
satu idea kreatif, dulunya bunga manggar kertas.


Bunga manggar kenduri kahwin,
berwarna warni ceriakan majlis
Dulunya kertas, sekarang dah lain,
buat suasana bertambah manis.


(Tambahan: Hujan rahmat di majlis perkahwinan setelah sekian lama panas dan kering. Semasa jarijemari mengetuk keyboard, guruh..... dan hujan masih lebat )

4 comments:

  1. kak hajah nora...
    kalau saya dapat bungga manggar dgn gula-gula... best jugak... nanti selepas ini makin ramai yg merasakan ini satu idea yang bagus dan akan mencubanya pula...

    ReplyDelete
  2. Tapi pilih lidi yang agak keras sikit kalau tak mau lentuk sangat sebab weight gula-gula akan melendutkan lidi.

    ReplyDelete
  3. nanti nak buat gakkla...bila anak kawen nanti..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.